Svoboda | Graniru | BBC Russia | Golosameriki | Facebook
     
A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Vaksin Pneumokokal

Apakah Penyakit Pneumokokal ?

Penyakit pneumokokal adalah jangkitan yang disebabkan oleh bakteria yang dipanggil Streptococcus pneumoniae . Ia menjangkiti semua golongan umur tetapi lebih sering menjangkiti kanak-kanak dan warga tua. Bakteria ini boleh menyebabkan pelbagai jenis jangkitan termasuk jangkitan/radang paru-paru , meningitis (radang membran yang mengelilingi saraf tunjang atau otak) , sepsis ( jangkitan dalam darah) , sinusitis (jangkitan pada sinus) dan otitis media ( jangkitan telinga tengah ).

Vaksin-Pneumokokal

Terdapat banyak jenis strain Streptococcus pneumoniae (sekitar 90 jenis atau serotaip). Walau bagaimanapun hanya segelintir (kira-kira 20 serotaip) bertanggungjawab bagi kebanyakan penyakit pneumokokal.

Walaupun terdapat rawatan antibiotik bagi penyakit pneumokokal, beberapa strain ini mempunyai ketahanan terhadap antibiotik. Oleh kerana penyakit pneumokokal boleh dicegah melalui pemberian vaksin, maka pelalian adalah cara paling berkesan untuk menghalang jangkitan pneumokokal.

Mengapa perlu pelalian?

Jangkitan pneumokokal paling biasa berlaku di kalangan yang muda, orang tua (terutama mereka yang melebihi 65 tahun) serta orang-orang yang mempunyai penyakit kronik. Kebanyakan jangkitan ini adalah serius dan boleh menyebabkan kemasukan ke hospital, hilang upaya secara kekal ( pekak, kerosakan otak, atau kehilangan tangan atau kaki ) atau kematian.

Pada tahun 2008, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO ) menganggarkan bahawa daripada 8.8 juta kematian di seluruh dunia setiap tahun di kalangan kanak-kanak di bawah umur 5 tahun, 476 000 ( 333 000-529 000) kes adalah disebabkan oleh jangkitan pneumokokal. Kadar kematian dan penyakit paling tinggi dilaporkan di Afrika dan Asia.

Di Malaysia , penyakit pneumokokal adalah sangat kerap dan merupakan penyakit yang boleh dicegah melalui pelalian. Penyakit pneumokokal adalah serius dan boleh membawa maut , justeru itu, langkah-langkah pencegahan seperti pelalian adalah cara terbaik untuk mencegah penyakit pneumokokal. Malah pelalian merupakan baris pertahanan pertama menentang jangkitan. Vaksin boleh membantu melindungi daripada penyakit yang serius , komplikasi jangkitan disamping menyelamatkan nyawa.

Bagaimana vaksin pneumokokal bertindak?

Streptococcus pneumoniae boleh merebak dengan mudah melalui permukaan yang tercemar dan dari individu ke individu apabila terdapat hubungan secara langsung atau melalui titisan daripada bersin atau batuk dari orang yang dijangkiti. Bukan semua individu yang terdedah kepada bakteria tersebut akan dijangkiti. Sesetengah individu membawa Streptococcus pneumoniae (biasanya dalam hidung dan tekak) tanpa menunjukkan sebarang tanda-tanda penyakit itu sendiri tetapi boleh menyebarkannya kepada individu yang tidak dijangkiti . Kanak-kanak adalah lebih mudah terdedah kepada jangkitan tersebut.

Vaksin memberi perlindungan terhadap banyak jenis dan strain bakteria . Perlindungan sesuatu vaksin bergantung kepada jenis strain yang terkandung dalam vaksin tersebut. Vaksin pneumokokal akan membantu merangsang badan menghasilkan antibodi terhadap Streptococcus pneumoniae yang menyebabkan penyakit ini. Ini kerana vaksin mengandungi sebahagian daripada bakteria yang dapat mencetuskan badan untuk membina imuniti terhadap bakteria tersebut . Sekiranya sesorang individu yang menerima vaksin tersebut dijangkiti dengan strain(serotaip) Streptococcus pneumoniae tertentu , antibodi ini akan membantu melindungi individu daripada penyakit.

Dalam erti kata lain, vaksin pneumokokal menyediakan vaksinasi terhadap penyakit pneumokokal yang disebabkan oleh strain yan terdapat dalam vaksin tersebut. Vaksin pneumokokal mengandungi strain yang biasanya menyebabkan penyakit pneumokokal.

Bagaimana vaksin dianggap selamat sekiranya dihasilkan daripada bakteria?

Vaksin dibuat sama ada daripada sebahagian atau seluruh bakteria yang telah dimatikan atau dilemahkan. Oleh kerana ia mengandungi bentuk bakteria yang tidak aktif, maka ia tidak akan dapat menyebabkan penyakit.

Vaksin pneumokokal yang terdapat di Malaysia

Sehingga kini terdapat dua jenis vaksin pneumokokal : vaksin polisakarida pneumokokal dan vaksin konjugat pneumokokal. Vaksin ini memberi perlindungan terhadap strain Streptococcus pneumoniae yang terkandung didalamnya yang merupakan strain-strain yang paling penting dan yang paling mungkin menyebabkan penyakit yang serius. Pelalian bagi golongan dewasa dan kanak-kanak adalah mengikut jadual yang disyorkan untuk kumpulan umur mereka. Seperti dengan vaksin lain, adalah penting untuk sedar bahawa vaksin pneumokokal in tidak akan melindungi semua individu yang menerima vaksin ini secara keseluruhannya. Ini adalah kerana imunisasi dengan vaksin ini hanya menawarkan pencegahan terhadap penyakit pneumokokal yang disebabkan oleh strain Streptococcus pneumoniae ( serotaip ) yang terkandung dalam vaksin tersebut.

Jadual 1: Vaksin pneumokokal yang terdapat di Malaysia

Jenis vaksin pneumokokal
Vaksin Polisakarida Pneumokokal
 
Vaksin Berkonjugat Pneumokokal
 
Vaksin pneumokokal yang boleh didapati Malaysia PNEUMOVAX 23 VACCINE PNEUMO 23 POLYVALENT VACCINE PREVENAR 13 SUSPENSION FOR INJECTION SYNFLORIX VACCINE
Melindungi daripada 23 serotaip ( strain ) bakteria Streptococcus pneumoniae Melindungi daripada 13 serotaip ( strain ) bakteria Streptococcus pneumoniae Melindungi daripada 10 serotaip ( strain ) bakteria Streptococcus pneumoniae

Populasi/ kumpulan sasaran

Siapa yang boleh / harus menerima vaksin ini ?

  1. Dewasa yang berumur 65 tahun dan lebih tua
  2. Sesiapa umur > 2 tahun yang yang berisiko tinggi unutuk dijangkiti penyakit pneumokokal iaitu individu berimunokompromi (mempunyai keadaan/ penyakit lain yang menyebabkan mereka mempunyai imuniti rendah / mudah mendapat jangkitan)

Jika umur < 2 tahun yang mempunyai risiko tinggi (imunokompromi), mereka perlu terlebih dahulu menerima pneumokokal
Vaksin konjugat;
Apabila mereka > 2 tahun , vaksin polisakarida boleh diberikan.

  1. Kanak-kanak dan remaja dari 2 bulan hingga 17 tahun
  2. Dewasa yang berumur 50 tahun dan lebih tua
Kanak-kanak dari 6 minggu hingga 5 tahun.
Cara administrasi vaksin Disuntik ke dalam otot ( paha atau lengan ) atau di bawah permukaan kulit. Suntikan ke dalam otot (paha atau lengan atas)
Dos

Satu dos tunggal ( 0.5ml );

Jadual pelalian akan bergantung kepada risiko keadaan/penyakit lain yang menyebabkan mereka mempunyai imuniti rendah / mudah mendapat jangkitan

Pelalian semula mungkin diperlukan dalam sesetengah individu*

Setiap dos: 0.5 ml

Bayi yang berumur 2-6 bulan

Siri utama: Tiga dos dengan booster
3 dos. Dos 1 : 2 bulan usia **
Dos 1 boleh diberikan seawal 6 minggu usia.
Dos booster: 12-15 bulan.

Dua dos siri utama dengan booster.
Dos 1 boleh diberikan dari umur 2 bulan, dengan dos 2, 2 bulan kemudian.
Dos booster : 11-15 bulan usia

Bayi dan kanak-kanak yang belum pernah menerima vaksinasi berumur ? 7 bulan usia

7-11 bulan: 2 dos **
Dos 3 : disyorkan pada tahun ke-2 kehidupan.
12-23 bulan: 2 dos #

Kanak-kanak dan remaja yang berumur 2 tahun hingga 17 tahun: :
1 dos tunggal

Dewasa yang berumur 50 tahun dan lebih tua (termasuk yang sebelum ini disuntik dengan vaksin polisakarida pneumokokal ):
1 dos tunggal

Setiap dos: 0.5 ml

Bayi yang berumur 6 minggu – 6 bulan

Siri utama: Tiga dos dengan booster

3 dos **
Dos booster : ? 6 bulan selepas dos suntikan yang terakhir.

Dua dos siri utama dengan booster
Dos 1 : boleh diberi dari umur 2 bulan

Dos 2 : 2 bulan kemudian.

Dos booster : ?6 bulan selepas dos rendah yang lalu

Bayi pramatang dilahirkan selepas sekurang-kurangnya 27 minggu usia kandungan
3 dos , dos 1 biasanya pada 2 bulan usia **

Dos booster : ? 6 bulan selepas dos rendah yang lalu

Bayi dan kanak-kanak yang lebih tua yang belum pernah menerima vaksinasi

7-11 bulan: 2 dos **.
Dos ke-3 yang disyorkan dalam tahun ke-2 kehidupan.

12-23 bulan: 2 dos #

Dos booster: Keperluan belum dipastikan

24 bulan – 5 tahun:
2 dos#

Penggunaan dengan vaksin lain * Boleh diberikan pada masa yang sama dengan vaksin tertentu asalkan tapak suntikan yang berbeza digunakan

* Bincang pilihan dengan pembekal penjagaan kesihatan

** Selang sekurang-kurangnya 1 bulan antara dos

# Selang sekurang-kurangnya 2 bulan antara dos

Kesan sampingan buruk ysng mungkin berlaku

Vaksin pneumokokal adalah selamat dan kesan sampingan jarang berlaku. Namun demikian, terdapat kesan sampingan yang mungkin berlaku, walaupun bukan kepada semua orang.

Kesan sampingan yang paling biasa ialah sakit, merah dan bengkak pada tempat suntikan dan demam gred rendah.

Kanak-kanak yang menerima vaksin berkonjugat pneumokokal juga mungkin akan mengalami kurang selera makan, cepat marah, mengantuk dan tidur yang tidak lena .

Jarangnya , kanak-kanak atau orang dewasa mungkin mempunyai reaksi alahan serius selepas vaksinasi dan ini termasuk yang berikut :

  • kesukaran bernafas,
  • tekanan darah rendah (menyebabkan pening ) dan pengsan,
  • denyutan jantung yang cepat
  • bengkak pada muka, bibir, lidah dan / atau tekak dan leher,
  • gatal-gatal (radang pada kulit) dan ruam.

Kesan-kesan sampingan ini biasanya berlaku dalam masa beberapa minit sehingga beberapa jam selepas suntikan dan bantuan perubatan perlu didapatkan dengan segera.

Segala kejadian kesan sampingan tersebut perlu dilaporkan terus kepada Pusat Pemonitoran Kesan Advers Ubat Kebangsaan,Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan melalui talian telefon, faks atau pos biasa borang prabayar. Borang ini boleh didapati di laman web Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan http://www.bpfk.gov.my

Pertimbangkan pelalian

Vaksin-Pneumokokal 1

Walaupun pelalian terhadap penyakit pneumokokal adalah secara pilihan dan tidak menjadi sebahagian daripada jadual imunisasi rutin (Program Imunisasi Kebangsaan) Kementerian Kesihatan Malaysia, namun ia tetap merupakan salah satu vaksin yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan. 

Penyakit pneumokokal masih menyebabkan kematian dan kehilangan upaya di peringkat global. Oleh itu langkah-langkah pencegahan seperti pelalian adalah penting dalam memastikan anda dan orang tersayang tidak dijangkiti dan dilindungi secukupnya.

Sebelum menerima vaksin pneumokokal atau mana-mana vaksin lain, bincang terlebih dahulu dengan pembekal penjagaan kesihatan anda untuk membantu anda dalam membuat keputusan yang terbaik dalam mendapat vaksinasi terhadap vaksin penyakit yang boleh dicegah seperti penyakit pneumokokal.

Rujukan

  1. Aljunid, S., Abuduxike, G., Ahmed, Z., Sulong, S., Nur, A.M., and Goh, A. (2011) Impact of routine PCV7 (Prevenar) vaccination of infants on the clinical and economic burden of pneumococcal disease in Malaysia. BMC Infect Dis.2011; 11: 248
  2. Centers for Disease Control and Prevention (n.d.). Pneumococcal Conjugate (PCV13) Vaccine Information Statements. Retrieved on February 17, 2015 from http://www.cdc.gov/vaccines/hcp/vis/vis-statemetns/pcv13.html
  3. Centers for Disease Control and Prevention (n.d.). Pneumococcal Disease. Retrieved on February 17, 2015 from http://www.cdc.gov/pneumococcal/index.html
  4. Centers for Disease Control and Prevention (n.d.). Pneumococcal Polysaccharide Vaccine Information Statements. Retrieved on February 17, 2015 from http://www.cdc.gov/vaccines/hcp/vis/vis-statements/ppv.html
  5. Department of Health and Ageing Staff (2013) The Australian Immunisation Handbook 10th Edition. Retrieved from
    http://www.immunise.health.gov.au/internet/immunise/publishing.nsf/Content/EE1905BC65D40BCFCA257B26007FC8CA/$File/handbook-Jan2014v2.pdf
  6. Kementerian Kesihatan Malaysia (2012) Paediatric Protocols for Malaysian Hospitals Third Edition. Retrieved from http://www.mpaweb.org.my/article.php?aid=458
  7. Lynch, J.P III, Zhanel, G.G.(2010) Streptococcus pneumoniae: epidemiology and risk factors, evolution of antimicrobial resistance, and impact of vaccines. Curr Opin Pulm Med.16 (3):217-225.
  8. Pharmaceutical Research and Manufacturers of America (2013) PHRMA Vaccine Fact Book 2013. Retrieved from http://www.phrma.org/sites/default/…/PhRMA_Vaccine_FactBook_2013.pdf
  9. Pneumococcal vaccine (n.d). .[Digital image]. Retrieved on February 27, 2015 from the website: http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/ency/imagepages/9767.htm
  10. Preventing disability and death from infectious diseases through immunisations (n.d). .[Photograph]. Retrieved on February 27, 2015 from the website: http://healthparkpharmacy.com/new-pneumonia-vaccine-fact-or-fiction/
  11. Streptococcus pneumonia.[Medical illustration]. Retrieved on February 25, 2015 from the Centers for Disease Control and Prevention (CDC) website: http://www.cdc.gov/media/subtopic/library/diseases.htm
  12. World Health Organization (2012) Pneumococcal vaccines. WHO position paper. Retrieved from http://www.who.int/wer/2012/wer8714.pdf
  13. World Health Organization (n.d.) Pneumococcal disease. Retrieved from http://www.who.int/ith/diseases/pneumococcal/en/
Semakan Akhir : 16 Mei 2016
Penulis/Penterjemah : Cynthia Albert Gunaratham
Akreditor : Dr. Yvonne Khoo Siew Khoon

Artikel Berkaitan

Kudis Buta

Pengenalan Kudis buta adalah sejenis jangkitan kulit yang boleh berjangkit

Glucosamine

Generic name Glucosamine Sulphate Uses To relieve the symptoms of

Talasemia

Soalan 1: Apakah penyakit talasemia? Jawapan 1: Talasemia ialah penyakit

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   [email protected]

BILANGAN PENGUNJUNG : 226,238,328

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-06-21 09:19:33
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia