Svoboda | Graniru | BBC Russia | Golosameriki | Facebook
Skip to main content

Naim Abd Aziz

ASWARA, Creative Writing, Faculty Member
Novel Aci Patmabi (2012) dinukilkan oleh Azmi Iskandar Merican atau nama sebenarnya Syeikh Iskandar bin S.H.O Marican (lahir 4 Oktober 1937). Novel sastera ini merupakan novel keduanya bersama Dewan Bahasa dan Pustaka selepas Gelegak... more
Novel Aci Patmabi (2012) dinukilkan oleh Azmi Iskandar Merican atau nama sebenarnya Syeikh Iskandar bin S.H.O Marican (lahir 4 Oktober 1937). Novel sastera ini merupakan novel keduanya bersama Dewan Bahasa dan Pustaka selepas Gelegak (1994).
Dalam sejarah festival Oscar Academy Award yang berlangsung sejak 1929 sehingga 2019, tiada seorang pun tokoh dalam bidang lakonan dari adaptasi adiwira komik yang berjaya menjulang piala tersebut kecuali seorang, Joker versi Heath... more
Dalam sejarah festival Oscar Academy Award yang berlangsung sejak 1929 sehingga 2019, tiada seorang pun tokoh dalam bidang lakonan dari adaptasi adiwira komik yang berjaya menjulang piala tersebut kecuali seorang, Joker versi Heath Ledger. [Naim 2019]

Pada tahun 2020 pula muncul pula filem Joker (2019) yang dibintangi oleh Joaquin Phoenix yang membawa watak sebagai Joker yang penuh dengan thriller dan sadisme. Dengan kejayaan Phoenix membawa watak ini, beliau telah berjaya memiliki piala Oscar pada di bawah label Best Actor yang mana seperti yang saya katakan tadi tiada seorang pun watak adiwira yang berjaya menjulang anugerah tersebut sebelum Heath Ledger (1979-2008) melalui filem The Dark Knight (2008).

Sebelum Phoenix membawa watak Joker ini, desas-desus berbunyi bahawa adakah beliau dapat memainkan watak ini dengan cemerlang kerana ramai peminat Joker di luar sana yang membandingkan Joker versi Heath Ledger.
Noordin Hassan satu nama yang besar dalam dunia drama Malaysia. Namanya dijulang dan diiktiraf dari pelbagai pihak dan beliau diiktiraf sebagai Sasterawan Negara. Drama-dramanya membawa unsur absurd, avant-garde, dan surealisme untuk... more
Noordin Hassan satu nama yang besar dalam dunia drama Malaysia. Namanya dijulang dan diiktiraf dari pelbagai pihak dan beliau diiktiraf sebagai Sasterawan Negara. Drama-dramanya membawa unsur absurd, avant-garde, dan surealisme untuk tatapan penonton dan pembaca teks drama. Dalam kajian ini, saya cuba untuk mengetengahkan unsur Melayu dan Islam yang dibawa oleh Noordin Hassan yang terdapat dalam sebahagian karya-karya beliau.
Setiap pengarang lazimnya akan mempunyai simbol tertentu untuk pembaca boleh mengesahkan bahawa itulah karya pengarang tersebut. Kebanyakan penulis di dunia ini mempunyai satu tema tertentu untuk disampaikan. Gaya bahasa lazimnya sama... more
Setiap pengarang lazimnya akan mempunyai simbol tertentu untuk pembaca boleh mengesahkan bahawa itulah karya pengarang tersebut. Kebanyakan penulis di dunia ini mempunyai satu tema tertentu untuk disampaikan. Gaya bahasa lazimnya sama untuk semua karya, dan begitu juga pemikiran di dalam sesebuah karya. Tetapi kadang-kadang bagi karya eksperimental, penulis juga mahu mengubah kaedah atau gaya penulisan masing-masing.

Kajian ini memilih kepengarangan Faisal Tehrani atau nama sebenarnya Mohd Faizal bin Musa. Kajian pemikiran beliau dipilih atas dua faktor utama; pertama adalah kerana kebanyakan novelnya adalah berdasarkan fakta, bukannya semata-mata cereka berbentuk fiksyen. Kedua, bidang penulisan yang digarap oleh Faisal Tehrani bukanlah sesuatu yang popular, yakni menulis mengenai hak asasi manusia terutamanya golongan minoriti dan golongan tertindas.
Auteur (bahasa Perancis) adalah seorang artis tunggal yang mengendalikan seluruh aspek karya kreatif kolaboratif, orang yang setara dengan pengarang novel atau drama. Istilah tersebut umumnya merujuk kepada pembuat filem atau sutradara... more
Auteur (bahasa Perancis) adalah seorang artis tunggal yang mengendalikan seluruh aspek karya kreatif kolaboratif, orang yang setara dengan pengarang novel atau drama. Istilah tersebut umumnya merujuk kepada pembuat filem atau sutradara dengan tanggungjawab gaya atau penyajian tematik.

Auteurisme bermula dalam kritikan film Perancis pada akhir 1940an sebagai sistem nilai yang berasal dari teori-teori sinematik André Bazin dan Alexandre Astruc. Kritikan-kritikan seperti itu menemukan konsep tersebut sebagai cara dari para pembuat filem Gelombang Baru Perancis dari sutradara-sutradara sistem studio yang menjadi bagian dari pendirian Hollywood. Teori auteur telah diterapkan pada para produser muzik popular serta sutradara permainan video.
Tugasan ini dikemukakan sebagai memenuhi tugasan individu II di dalam kursus Pengenalan Filem dan TV, Ijazah Sarjana Muda Penulisan dengan Kepujian (Penulisan Kreatif) FAKULTI PENULISAN KREATIF DAN FILEM AKADEMI SENI WARISAN DAN BUDAYA... more
Tugasan ini dikemukakan sebagai memenuhi tugasan individu II di dalam kursus Pengenalan Filem dan TV, Ijazah Sarjana Muda Penulisan dengan Kepujian (Penulisan Kreatif) FAKULTI PENULISAN KREATIF DAN FILEM AKADEMI SENI WARISAN DAN BUDAYA KEBANGSAAN (ASWARA), KUALA LUMPUR.

Hikayat Hang Tuah (selepas ini disebut HHT) adalah karya agung Melayu atau karya epik terbesar kepulauan Melayu yang kini masih menjadi tanda tanya kepada pengkaji adakah hikayat tersebut adalah satu mitos ataupun lagenda.

Antara peristiwa paling menarik di dalam HHT adalah peristiwa di mana pertelingkahan antara Hang Tuah dan Hang Jebat dan siapakah yang menjadi hero di dalam adegan tersebut. Filem Hang Tuah (1956) dan Jebat (1961) adalah interteks dari naskhah HHT.

Walaupun kedua-dua filem ini mempunyai latar masa dan fokus watak yang berbeza, tetapi saya akan cuba untuk mengupas sisi Hang Jebat dan konsep adil raja dan ketaatan masyarakat kepada monarki.
Teater Uda dan Dara sekali lagi diangkat menjadi teater muzika sawah padi di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada 25 dan 26 Oktober 2019. Teater ini asalnya ditulis oleh Sasterawan Negara (SN) Usman Awang dan telah mendapat tempat dalam hati... more
Teater Uda dan Dara sekali lagi diangkat menjadi teater muzika sawah padi di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada 25 dan 26 Oktober 2019. Teater ini asalnya ditulis oleh Sasterawan Negara (SN) Usman Awang dan telah mendapat tempat dalam hati pengarah dan peminat teater untuk dipentaskan.