Svoboda | Graniru | BBC Russia | Golosameriki | Facebook
Jump to content

Wn/ms/Hun Sen minta sokongan kuil menerusi projek mega pembinaan terusan

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Hun Sen minta sokongan kuil menerusi projek mega pembinaan terusan

1 Julai 2024 (Isnin)

Presiden Senat Kemboja, Hun Sen meminta semua kuil di seluruh negara membunyikan drum dan mengadakan pertunjukan bunga api sebagai tanda sokongan kepada projek mega pembinaan terusan "Funan Techo Canal" semasa acara majlis pecah tanah yang akan berlangsung pada 5 Ogos ini.

Permintaan itu dibuat dalam ucapan beliau sempena ulangtahun ke-73 penubuhan parti Cambodian People’s Party (CPP) di Phnom Penh pada Jumaat. Perdana Menteri Vietnam, Hun Manet turut hadir dalam majlis berkenaan.

"Saya mencadangkan kepada pihak kerajaan pada 5 Ogos sewaktu majlis pecah tanah projek itu berlangsung, semua kuil dan tempat lain di seluruh negara membunyikan drum dan lakukan pertunjukan bunga api pada petang hari itu," kata Hun Sen. "Lebih banyak pertunjukan bunga api sepatutnya diadakan sebagai tanda sokongan kepada projek ini."

Menurutnya, terusan itu dibina sebagai laluan air utama yang menghubungkan beberapa tempat secara langsung ke lautan luas. Ini membolehkan rakyat Kemboja memanfaatkan laluan sepanjang 180 kilometer itu tanpa perlu merentas sempadan ke negara luar, selain mengurangkan kesan perubahan iklim serta menyumbang kepada proses kehijauan di bahagian barat daya negara.

Khim Sorn, ketua sami Phnom Penh Municipal Mohanikaya Order dan ketua setiausaha Mohanikaya Monk Order berkata mereka akan mengeluarkan kenyataan mengenai permintaan yang dibuat Hun Sen.

Projek mega bernilai $1.7 bilion itu menghubungkan Prek Takeo di Sungai Mekong, melintasi beberapa kawasan di daerah Koh Thom serta melalui wilayah Kep. Terusan itu berkedalaman 5.4 meter, 100 meter untuk laluan mendaki serta 80 meter panjang untuk laluan menurun. Projek itu juga merangkumi pembinaan 11 buah jambatan dan laluan pejalan kaki sepanjang 208 kilometer.


Sumber[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog