Svoboda | Graniru | BBC Russia | Golosameriki | Facebook

Mary Magdalene atau 'Maria Magdalena' atau Maria dari Magdala ialah seorang tokoh agama dalam agama Kristian . Beliau dianggap sebagai wanita kedua terpenting dalam Perjanjian Baru selepas Mariam (Mary) ibu kepada Nabi Isa / Yesus [2]. Maria Magdalena mengembara dengan Nabi Isa sebagai salah seorang pengikutnya. Beliau hadir pada dua peristiwa penting Nabi Isa iaitu : penyaliban dan kebangkitan. Dalam empat buah Injil, nama Maria Magdalena disebut 12 kali, lebih daripada kebanyakan pengikut Nabi Isa yang lain. Beliau disifatkan sangat berani, berani di sebelah Nabi Isa ketika saat-saat penderitaan, kematian dan seterusnya.

Mary Magdalene
Penitent Mary Magdalene by Nicolas Régnier, Palace on the Water, Warsaw
Disciple
LahirDate unknown
Place unknown
MeninggalDate unknown
Place: possibly Saint-Maximin-la-Sainte-Baume, Ephesus, Asia Minor [1]
Dihormati olehEastern Orthodoxy
Roman Catholic Church
Anglican Communion
Lutheranism
other Protestant churches
Bahá'í Faith
Hari perayaanJuly 22
AtributWestern: alabaster box of ointment
Eastern: container of ointment (as a myrrhbearer), or holding a red egg (symbol of the resurrection); embracing the feet of Christ after the Resurrection
NaunganApothecaries; Kawit, Cavite; Atrani, Italy; Casamicciola Terme, Ischia; contemplative life; converts; glove makers; hairdressers; penitent sinners; people ridiculed for their piety; perfumeries; pharmacists; reformed prostitutes; sexual temptation; tanners; women

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Injil Lukas mengatakan tujuh syaitan telah keluar dari beliau[Lukas 8: 2].Injil Markus mengatakan bahawa Isa telah membuang tujuh roh jahat keluar dari Maria Magdalena. [Mk. 16: 9] ."Tujuh iblis" ditafsir sebagai penyakit kompleks, tidak kepada sebarang bentuk dosa.[3] Maria Magdalena hadir semasa penyaliban Isa dan semasa peristiwa Sabat. Injil berkanun iaitu [Matius 28: 1-8] [Mark 16: 9-10] [Lukas 24:10] [John 20:18] menggambarkan beliau bersendirian dan wanita pertama yang memberi keterangan kepada kebangkitan Yesus[4]. John 20 dan Mark 16: 9 menamakan beliau sebagai orang pertama yang telah melihat Isa selepas kebangkitan-Nya.

Ahli teologi ortodoks Augustine melabel beliau sebagai "Rasul kepada para Rasul". Beberapa sarjana mendakwa Maria Magdalena sebagai pelacur.

Namun, Mary Magdalene dianggap sebagai suci oleh Gereja Katolik, Ortodoks, Anglican dan Lutheran dengan sambutan perayaan 22 Julai setiap tahun. Sementara gereja Protestan menghormati beliau sebagai wirawati yang beriman, suci dan kudus. Gereja-gereja Ortodoks Timur juga memperingati beliau pada hari Ahad .

Identiti

sunting

Magdalena berasal daripada perkataan 'Magdala' iaitu sebuah kota pesisiran Galilea di Tiberias. Maria Magdalena digambarkan membasahi kaki Yesus dengan air matanya dan menyekanya dengan rambutnya, kemudian mencium kaki Nabi Isa dan meminyaki kaki Nabi Isa dengan minyak wangi (Lukas 7:36-50; Markus 15:40, Matius 27:56, dan Yohanes 19:25).

Beliau salah seorang daripada wanita yang menyertai rombongan Nabi Isa semasa menyebarkan Injil di Galilea. Perempuan lain yang turut serta ialah Yohana isteri Khuza dan Susana.

Menurut Alkitab juga, Maria Magdalena juga merupakan orang pertama yang mendapati makam Nabi Isa kosong dan kemudian orang pertama yang melihat Nabi Isa Bangkit (Yoh. 20:1-18).

Rujukan

sunting
  1. ^ "Saint Mary Magdalen". New Catholic Dictionary. 1910. Dicapai pada 2007-02-28.
  2. ^ Morrow, Carol Ann. "St. Mary Magdalene: Redeeming Her Gospel Reputation". Liguori Publications [1]
  3. ^ "Saint Mary Magdalene". In Encyclopædia Britannica. 2011.
  4. ^ Thompson, Mary R. Mary of Magdala, Apostle and Leader. New York: Paulist Press, 1995. ISBN 0-8091-3573-6