Svoboda | Graniru | BBC Russia | Golosameriki | Facebook
Transfiguration pending
Pergi ke kandungan

Bak chang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rou Zong / 肉粽 / Bak chang
Beberapa bungkus bakcang diikat dengan benang
Nama alternatifkuih chang, bakcang, rou zong, zongzi, zang, nom asom, pya htote , joong, doong
JenisKuih beras
Tempat asalChina
Kawasan/rantauKawasan penutur Cina
Asia Timur
Bahan utamaBeras pulut diisi beraneka inti dan dibungkus dengan daun buluh atau mensiang.
Keragaman/variasiLo mai gai
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Bak chang, bakcang, kuih chang (juga dieja kueh chang dalam dialek Baba)[1] rouzong (Cina: 肉粽; pinyin: ròuzòng; Pe̍h-ōe-jī: bah-chàng) ataupun zongzi adalah satu jenis zongzi yang mempunyai tambahan daging haiwan, termasuk ternakan, buruan, ikan, babi dan/atau krustasia.[2][3][4]

Bakcang dalam kategori ini terdapat banyak jenis dan nama yang lain. Makanan ini dimasak secara berbalut daun sebelum direbus atau dikukus.[5]

Kuih ini hidangan utama semasa perayaan Duan Wu.[6] Ia mempunyai kaitan dengan kisah lagenda berlatarkan Zaman Negeri-Negeri Berperang yang diceritakan mengenai seorang menteri daripada negeri Chu bernama Qu Yuan yang membunuh diri di sungai tidak lama selepas diusir buang negeri rajanya akibat difitnah; penduduk sekampung yang mendapat tahu kejadian ini dikatakan membaling zongzi untuk menyelamatkan mayatnya daripada dimakan ikan.[7]

Bakcang di China Selatan dan Asia Tenggara biasanya dibuat berintikan daging babi, cendawan shiitake, kuning telur masin, saderi dan halia.[8][9][10]

Ada resipi kuih bakcang yang ditukarkan jenis daging intinya dengan pilihan lebih halal dalam kalangan penganut Islam masyarakat tersebut.[11]

  1. ^ Gwee, William Thian Hock (2006). "kueh chang". Baba Malay Dictionary: The First Comprehensive Compendium of Straits Chinese Terms and Expressions. Tuttle Publishing. m/s. 113. ISBN 978-0-8048-3778-1.
  2. ^ Kilpatrick, Ryan (29 Mei 2017). "Four Things to Know about The Dragon Boat Festival". Time (dalam bahasa Inggeris).
  3. ^ (Inggeris) "Nyonya Chang" di "HuangKitchen.com"
  4. ^ (Inggeris) "Rice Dumpling" di "ChineseAmericanFamily.com"
  5. ^ Roufs, T.G.; Roufs, K.S. (2014). Sweet Treats around the World: An Encyclopedia of Food and Culture. ABC-CLIO. m/s. 81. ISBN 978-1-61069-221-2. Dicapai pada 5 November 2016.
  6. ^ Tchea, Michelle (12 Jun 2022). "Why do we eat zongzi during Dragon Boat Festival? The history behind the rice dumpling, plus 10 ways it's prepared throughout Asia". South China Morning Post.
  7. ^ Xiao Fan (April 2014). "The Legend Behind Zongzi". Artifacts. University of Missouri (9). Dicapai pada 6 Jun 2022.
  8. ^ "Selamat Hari Bacang, Hari Festival Duan Wu dan Happy Dragon Boat Festival". Bisniswisata. Dicapai pada 17 Mei 2022.
  9. ^ "Bacang, Kuliner". encyclopedia.jakarta-tourism.go.id. Dicapai pada 17 Mei 2022.
  10. ^ Rosana, Fransisca (18 Jun 2018). "Apa Beda Bakcang di Cina dan Indonesia?". Tempo. Dicapai pada 17 Mei 2022.
  11. ^ Yap, Johari (12 Mei 2019). "Sedapnya bak chang halal". Sinar Harian.