Svoboda | Graniru | BBC Russia | Golosameriki | Facebook
Transfiguration pending
Pergi ke kandungan

Knoppix

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Knoppix
Knoppix 5.3.1 with KDE
Maklumat umum
EponimKlaus Knopper (en) Terjemah Sunting nilai ini di Wikidata
Jenis sistemEdaran Linux Sunting nilai ini di Wikidata
Keluarga sistemLinux
PenciptaKlaus Knopper
PembangunKlaus Knopper
KeadaanSemasa
Model sumberSumber terbuka
Keluaran awal30 September 2000 Sunting nilai ini di Wikidata
Keluaran terkini8.6.1 / 23 November 2019 (2019-11-23)
Tersedia dalam
Senarai bahasa
Ciri teknikal
Kaedah
pengemaskinian
APT (en) Terjemah Sunting nilai ini di Wikidata
Pengurus pakejdpkg (mul) Terjemah Sunting nilai ini di Wikidata
Jenis intiMonolit, Linux
LesenKebanyakannya GPL[1]
Pautan berkaitan
Tapak webwww.knoppix.org
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Knoppix atau KNOPPIX (disebut nopiks), ialah sebuah sistem pengendalian berdasarkan Debian yang direka bentuk supaya dapat dijalankan dengan langsung daripada CD atau DVD. Knoppix dibangunkan oleh Klaus Knopper dan mendapat nama daripada beliau. Apabila sesuatu atur cara dimulakan, atur cara itu dimuat daripada cakera optik dan dinyahmampat ke dalam pemacu RAM. Proses penyahmampatan ini dilakukan secara dinamik dan serta-merta.

Matlamat pembangunan Knoppix ialah supaya dapat dijalankan secara langsung daripada cakera optik. Walau bagaimanapun, sistem pengendalian ini boleh dipasang ke dalam cakera keras seperti sistem-sistem pengendalian yang lain. Komputer yang menyokong but daripada peranti USB boleh memuat Knoppix daripada pemacu USB.

Terdapat dua edisi utama Knoppix: edisi cakera padat (700 megabait) dan edisi DVD (4.7 gigabait). Setiap edisi pula boleh didapati dalam dua edisi bahasa, iaitu edisi bahasa Inggeris dan edisi bahasa Jerman.

Kebanyakan perisian yang terkandung dalam Knoppix adalah perisian bebas. Namun begitu, Knoppix juga memuatkan beberapa perisian hak milik.

Penggunaan

[sunting | sunting sumber]

Knoppix boleh digunakan untuk membuat salinan sandar bagi fail-fail dalam cakera keras yang mengandungi sistem pengendalian yang sudah rosak. Cakera Knoppix boleh digunakan dengan selamat tanpa memasang apa-apa sistem pengendalian baru ke dalam cakera keras.

  1. ^ "KNOPPIX Linux Live CD: What license does the KNOPPIX-CD use?". Dicapai pada 2007-07-16.