Svoboda | Graniru | BBC Russia | Golosameriki | Facebook
Transfiguration pending
Pergi ke kandungan

Gondal tanpa sirip Indo-Pasifik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Porpois ambu)

Gondal tanpa sirip Indo-Pasifik
Gambaran pada stem Indonesia
CITES Appendix I (CITES)[2]
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Mammalia
Infraorder: Cetacea
Keluarga: Phocoenidae
Genus: Neophocaena
Spesies:
N. phocaenoides
Nama binomial
Neophocaena phocaenoides
(G. Cuvier, 1829)

Gondal tanpa sirip Indo-Pasifik (Neophocaena phocaenides),[a] biasa dikenali sebagai porpois ambu atau lumba-lumba ambu,[3][4] ialah salah satu daripada lapan spesies gondal.

Gondal ini hidup di perairan pinggir laut Asia, khususnya di sekitar India, China dan Indonesia. Taburannya yang paling barat termasuk sepanjang pantai barat India sehingga Teluk Parsi. Ia hidup berhampiran dengan pantai di perairan cetek sehingga 50 m dalam. Perairan tersebut sering mempunyai dasar laut yang lembut atau berpasir.

Huraian fizikal

[sunting | sunting sumber]

Gondal ini hampir langsung tidak bersirip. Sebaliknya, haiwan ini mempunyai satu rabung rendah yang dilitupi dengan kulit tebal yang mempunyai dentikal seolah-olah gigi kecil. Ini membuktikan bahawa bentuk badan yang dipilih oleh evolusi untuk yu, lumba-lumba dan gondal bukan bentuk badan tunggal yang mungkin bagi haiwan laut.

Gondal dewasa mempunyai warna kelabu muda yang seragam. Kebanyakan bayi haiwan ini berwarna hitam dengan warna kelabu di sekeliling kawasan rabung dorsal. Bagaimanapun, warna haiwan ini menjadi kelabu selepas 4 - 6 bulan. Haiwan dewasa ini boleh mencapai 1.55 m panjang. Haiwan jantan menjadi matang tentang seks antara 4.5 - 9 tahun, berbanding dengan haiwan betina yang mencapai kematangan antara 3 - 7 tahun. Gondal ini makan berbagai-bagai ikan, udang serta sefalopod, atau apa-apa sahaja yang ada.

Pemuliharaan

[sunting | sunting sumber]

Tidak terdapat data yang mencukupi untuk memasukkan gondal ini dalam senarai spesies terancam. Kecenderungan haiwan ini untuk hidup berhampiran dengan pantai mendedahkannya kepada bahaya kegiatan menangkap ikan. Banyak gondal dibunuh setiap tahun oleh jala atau mata kail yang ditempatkan di seberang sungai-sungai.

Tidak terdapat juga anggaran-anggaran yang baik untuk bilangan gondal yang masih hidup. Bagaimanapun, perbandingan antara dua tinjauan, satu pada lewat 1970-an dan yang lain itu pada tahun 1999/2000, menunjukkan kemerosotan bilangan dan taburan haiwan ini. Ahli sains mempercayai bahawa kemerosotan ini telah berlangsung selama berdekad-dekad dan bilangannya yang terkini hanya merupakan sebahagian kecil daripada bilangan sejarahnya.

  1. ^ Inggeris: Indo-Pacific finless porpoise
  1. ^ Wang, J.Y.; Reeves, R. (2017). "Neophocaena phocaenoides". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2017: e.T198920A50386795. doi:10.2305/IUCN.UK.2017-3.RLTS.T198920A50386795.en. Dicapai pada 19 November 2021.
  2. ^ "Appendices | CITES". cites.org. Dicapai pada 2022-01-14.
  3. ^ Mohd Lazim bin Mohd Saif, Conservation and Management of Endangered Species: Marine Mammals (PDF), Turtle and Marine Ecosystem Center (TUMEC), dicapai pada 26 Januari 2024
  4. ^ Ekosistem-Ekosistem Di Sabah (PDF). Jabatan Hidupan Liar Sabah. 2003. m/s. 34. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 11 November 2011. Dicapai pada 10 Januari 2013.