Svoboda | Graniru | BBC Russia | Golosameriki | Facebook
Pergi ke kandungan

Macedonia Utara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Republik Macedonia Utara
Macedonia: Република Северна Македонија
Albania: Republika e Maqedonisë së Veriut
Bendera Macedonia Utara
Jata Macedonia Utara
Bendera Jata
Lagu kebangsaanДенес над Македонија (Macedonia)
(Melayu: "Hari ini di Macedonia")
Lokasi the  Macedonia Utara  (jingga) di Eropah  (putih)  –  [Petunjuk]
Lokasi the  Macedonia Utara  (jingga)

di Eropah  (putih)  –  [Petunjuk]

Ibu negara
dan bandar terbesar
Skopje
Bahasa rasmiBahasa Macedonia
KerajaanRepublik demokrasi berparlimen
• Presiden
Gordana Siljanovska-Davkova (Гордана Силјановска-Давкова)
Hristijan Mickoski (Христијан Мицкоски)
Badan perundanganPerhimpunan Republik Macedonia Utara
Keluasan
• Jumlah
25,713 km2 (9,928 bt2) (ke-145)
• Perairan (%)
1.9
Penduduk
• Perkiraan 2017[1]
kira-kira 2,103,721 orang[1]
• Bancian Penduduk 2002
2,022,547
80.1/km2 (207.5/sq mi) (ke-122)
KDNK (PPP)2019
• Jumlah
$33.822 billion[2]
$16,253[2]
KDNK (nominal)2019
•  Jumlah
$12.383 billion[2]
$6,143[2]
Gini (2016)positive decrease 33.6[3]
sederhana
HDI (2017) 0.757[4]
tinggi · ke-80
Mata wangDenar Macedonia
(MKD)
Zon waktuUTC+1 (CET)
• Musim panas (DST)
UTC+2 (CEST)
Kod panggilan389
DPT internet.mk

Macedonia Utara (Macedonia: Северна Македонија, rumi: Severna Makedonija), secara rasminya Republik Macedonia Utara (Macedonia: Република Северна Македонија, rumi: Republika Severna Makedonija) adalah sebuah negara terletak di Semenanjung Balkan, Eropah Tenggara. Ia merupakan salah satu negara pecahan kepada Republik Persekutuan Sosialis Yugoslavia yang merdeka pada tahun 1991. Antara tempoh ia dimerdekakan 1991 dan Februari 2019, ia dikenali secara rasminya sebagai Republik Macedonia , atau secara pendeknya Macedonia.

Negara ini menganggotai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 1993, namun pertelingkahan nama "Macedonia" dengan negara Yunani (Greece) yang berjiranan menyebabkan ia didaftarkan bawah nama Republik Bekas Yugoslavia Macedonia (The former Yugoslav Republic of Macedonia)[5][6] Pada Jun 2018, pihak negara tersebut dan Yunani menandatangani Perjanjian Prespa yang mensyaratkan bahawa nama negara tersebut mesti ditukar kepada "Republik Macedonia Utara" erga omnes. Penamaan semula ini dikuatkuasakan pada 12 Februari 2019.[7][8]

Negara ini dinamakan sempena sebuah kerajaan purba yang sendirinya bernama Makedonía (Yunani: Μακεδονία).[9][10] Ia dikaitkan kuat denga suatu rantau bernama sama merangkumi negara moden Yunani selatan negara ini, malah nama tersebut tidak begitu diketahui di kawasan moden Macedonia Utara[11][12][13] sehingga petengahan abad ke-19 berikutan pergerakan nasionalisme yang berlaku menentang Empayar Uthmaniyah.[14][15][16]

Nama "Macedonia" dalam konteks moden mula wujud dengan tertubuhnya Republik Sosialis Macedonia (Социјалистичка Република Македонија, Socijalistička Republika Makedonija) dalam gabungan Yugoslavia selepas Perang Dunia Kedua. Terpecahnya gabungan ini pada tahun 1991 membawa kepada penukaran nama negara ini sebagai Republik Macedonia tahun 1991, namun ia mengungkitkan kemarahan dalam kalangan warga nasionalis Yunani.

Perselisihan nama antara Athena dan Skopje

[sunting | sunting sumber]

Pertelingkahan ini akhirnya diselesaikan dengan penandatanganan Perjanjian Prespa antara kedua-dua negara pada 17 Jun 2018; hal ini menggiatkan penamaan semula negara "Republik Bekas Yugoslavia Macedonia" kepada "Republik Macedonia Utara" lapan tahun kemudian.[17][18]

Sejarah Macedonia Utara merangkumi sejarah wilayah negara moden Macedonia Utara.

Macedonia Utara ialah sebuah negara yang terletak di tenggara Eropah dengan koordinat geografi 41°50′N 22°00′E / 41.833°N 22.000°E / 41.833; 22.000, bersempadan dengan Kosovo dan Serbia di utara, Bulgaria di timur, Yunani di selatan dan Albania di barat. Negara ini adalah sebahagian daripada kawasan Macedonia yang lebih luas dan membentuk sebahagian besar Vardar Macedonia. Negara ini merupakan koridor pengangkutan utama dari Eropah Barat dan Tengah ke Eropah Selatan dan Laut Aegia. Macedonia Utara ialah sebuah negara yang terkurung daratan tetapi mempunyai tiga tasik semula jadi utama: Tasik Ohrid, Tasik Prespa dan Tasik Dojran. Ia mempunyai keluasan air 857 km2, manakala keluasan daratannya ialah 24,856 km2.

Secara fitogeogtafi, Macedonia tergolong dalam provinsi Illyrian di kawasan Circumboreal dalam Kerajaan Boreal. Menurut WWF dan Peta Digital Kawasan Ekologi Eropah oleh Agensi Alam Sekitar Eropah, wilayah Macedonia Utara boleh dibahagikan kepada empat ekokawasan: hutan campuran Pergunungan Pindus, hutan campuran Balkan, hutan campuran Rhodope dan hutan sklerofil dan campuran Aegean.

Republik Macedonia Utara memerintah di bawah suatu sistem parlimen yang di mana pemerintahannya terdiri dari perikatan parti-parti dalam suatu parlimen ekadewan (Собрание, Sobranie) dan sebuah badan kehakiman bebas yang dilengkapi sebuah mahkamah perlembagaan. Parlimen Macedonia Utara terdiri dari 120 anggota yang dilantik setiap 4 tahun sekali. Presiden memegang peranan yang cukup besar dan penting dalam pemerintah Republik sebagai Panglima Angakatan Bersenjata Macedonia serta Jawatankuasa Keselamatan Macedonia Utara. Presiden Republik dipilih setiap 5 tahun sekali dan dapat menjawat sebanyak 2 kali dalam satu-satu masa.

Pemaktuban undang-undang baru pada tahun 2005 menyebabkan pemerintah setempat dibahagi dan diagihkan kepada 78 daerah. Ibu kota Skopje sendiri terdiri daripada 10 daerah pentadbiran yang digabung dalam sebuah daerah bernama "Skopje Raya". Daerah pentadbiran di Macedonia mengawal pemerintahannya sendiri-sendiri. Beberapa daerah pentadbiran berkerjasama dalam berbagai-bahai bidang. Parti-parti politik di Macedonia Utara kebanyakannya wujud berdasarkan asal etnik - terutamanya antara bangsa etnik Macedonia yang majoriti dan bangsa Albania yang minoriti. Isu ketidaksetimbangan kekuasaan kedua-dua etnik ini membawa kepada konflik sivil tahun 2001, dan perselisihan ini diselesaikan dengan Persetujuan Ohrid pada tahun 2004 yang memperuntukkan perwakilan politik lebih kepada etnik bangsa Albania. Pada tahun 2004, Parlimen Macedonia memberikan autonomi yang lebih besar pada daerah-daerah berpendudukan etnik Albania yang besar.

Ekonomi Macedonia Utara telah menjadi lebih liberal, dengan persekitaran perniagaan yang bertambah baik, sejak kemerdekaannya daripada Yugoslavia pada tahun 1991, yang telah melucutkan pasaran utama dilindungi negara dan pembayaran pemindahan yang besar dari Belgrade. Sebelum kemerdekaan, Macedonia Utara adalah republik termiskin di Yugoslavia (hanya 5% daripada jumlah keluaran persekutuan bagi barangan dan perkhidmatan). Ketiadaan infrastruktur, sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke atas pasaran terbesarnya (Republik Persekutuan Yugoslavia),[19] dan sekatan ekonomi Yunani menghalang pertumbuhan ekonomi sehingga 1996.[perlu rujukan]

Kiriman wang pekerja dan bantuan asing telah melembutkan tempoh pemulihan yang tidak menentu. KDNK negara telah meningkat setiap tahun kecuali pada 2001, meningkat sebanyak 5% pada 2000. Walau bagaimanapun, pertumbuhan pada 1999 telah dihalang oleh kemerosotan ekonomi serantau yang teruk yang disebabkan oleh Perang Kosovo.

Demografi

[sunting | sunting sumber]

Ciri demografi penduduk Macedonia Utara termasuk kepadatan penduduk, etnik, tahap pendidikan, kesihatan penduduk, status ekonomi, pertalian agama dan aspek lain penduduk.

Jumlah penduduk

[sunting | sunting sumber]
Tahun Pemastautin penduduk Kadar pertumbuhan Kepadatan penduduk per km2
1921 808,724 - 31.5
1931 949,958 +17.46% 36.9
1948 1,152,986 +21.37% 44.8
1953 1,304,514 +13.14% 50.7
1961 1,406,003 +7.78% 54.7
1971 1,647,308 +17.16% 64.1
1981 1,909,136 +15.89% 74.2
1991 2,033,964 +6.54% 79.1
1994 1,945,932 -4.33% 75.7
2002 2,022,547 +3.94% 78.7
2021 1,836,713 -9.19% 71.4
Sumber: Pejabat Perangkaan Negeri, Macedonia Utara[20]

Kebudayaan

[sunting | sunting sumber]

Kebudayaan Macedonia Utara ialah budaya Republik Macedonia Utara, sebuah negara Eropah di Balkan.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ a b "CIA World Factbook – Macedonia". Agensi Perisikan Pusat. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Januari 2018. Dicapai pada 23 April 2018.
  2. ^ a b c d "Report for Selected Countries and Subjects". IMF. 20 Oktober 2018.
  3. ^ "Државен завод за статистика – Соопштенија по области". www.stat.gov.mk.
  4. ^ "2018 Human Development Report" (PDF). United Nations Development Programme. 2017. Dicapai pada 23 Mac 2017.
  5. ^ PBB, A/RES/47/225, 8 April 1993
  6. ^ Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 817 dari 7 April dan 845 dari 18 Jun, 1993, lihat Resolusi PBB yang dibuat pada tahun 1993
  7. ^ Announcement of the Government of the Republic of North Macedonia for entry into force of the Final Agreement, Constitutional Amendments and Constitutional Law for Implementation of Amendments
  8. ^ "Balkan Nation Is North Macedonia Now". VOA.
  9. ^ Μακεδονία, Henry George Liddell, Robert Scott, A Greek–English Lexicon, on Perseus
  10. ^ Macedonia, Online Etymology Dictionary
  11. ^ "Apa yang sering diabaikan ialah bagaimana orang Bulgaria dan Yunani bekerjasama tanpa disedari dari dekad pertengahan abad ke-19 dan seterusnya dalam memberi nafas baru kepada nama geografi Macedonia, yang semuanya dilupakan semasa zaman Byzantine dan Uthmaniyyah. Pada zaman akhir Uthmaniyyah, ' 'Macedonia'' tidak wujud sebagai unit pentadbiran dalam empayar... Nasionalisme Yunani, yang tertumpu pada kesinambungan antara Hellenes kuno dan moden, berminat untuk memproyeksikan nama Macedonia sebagai cara untuk menegaskan watak sejarah Yunani Pada tahun 1845, misalnya, kisah Alexander diterbitkan dalam dialek Slavo-Macedonia yang ditulis dalam aksara Yunani... Bagi pihak mereka, nasionalis Bulgaria dengan mudah menerima Macedonia sebagai denominasi serantau... Macedonia telah menjadi salah satu ' 'bersejarah'' tanah Bulgaria... dan ''Bulgaria Macedonia'' bertukar menjadi frasa standard."Dimitar Bechev, Historical Dictionary of the Republic of Macedonia, Scarecrow Press, 2009, ISBN 0810862956, Introduction, p. VII.
  12. ^ "Pada awal abad ke-19. orang Yunani moden dengan obsesi mereka yang berasal dari Barat terhadap zaman purba memainkan peranan penting dalam menghidupkan semula nama klasik 'Macedonia' dalam kesedaran popular orang Balkan. Selama seribu tahun sebelum itu nama 'Macedonia' mempunyai maksud yang berbeza untuk orang Barat dan Kristian Balkan: bagi orang Barat ia selalu melambangkan wilayah orang Macedonia purba, tetapi bagi orang Yunani dan semua orang Kristian Balkan yang lain nama 'Macedonia' - jika digunakan sama sekali - meliputi wilayah bekas tema Byzantine. 'Macedonia', terletak di antara Adrianople (Edrine) dan sungai Nestos (Mesta) di Thrace klasik dan masa kini Bahagian tengah dan utara 'geografi Macedonia' masa kini secara tradisinya dipanggil sama ada 'Bulgaria' dan 'Lower Moesia'. , tetapi dalam satu generasi selepas kemerdekaan Yunani (diperolehi pada tahun 1830) nama-nama ini telah digantikan dengan 'Macedonia' dalam fikiran orang Yunani dan bukan Yunani." Drezov K. (1999) Macedonian identity: an overview of the major claims. In: Pettifer J. (eds) The New Macedonian Question. St Antony’s Series. Palgrave Macmillan, London, ISBN 0230535798, pp. 50-51.
  13. ^ "Pada tahun 1813 Macedonia tidak wujud. Seabad kemudian, ia telah menjadi perjuangan nasionalis yang hangat dipertikaikan, medan perang, dan obsesi. Apa yang membawa kepada transformasi dramatik ini ialah kemodenan: angin sejuk asal Eropah Barat yang mendorong ke konsep Balkan. bahawa segelintir di rantau ini memahami, mahu atau mengambil berat Antaranya, idea nasionalisme adalah yang paling kuat, dan paling mematikan Sebelum tahun 1850-an, Macedonia adalah wilayah yang dilanda kemiskinan di Empayar Uthmaniyyah. kebanyakannya penduduk petani yang bercakap pelbagai simpulan bahasa Slavonik, Yunani, atau Vlach, cuba mencari rezeki yang sederhana, dan melindunginya daripada pencuri yang rakus dan sistem pentadbiran Uthmaniyyah yang mereput adalah satu-satunya identiti kolektif yang kebanyakan mereka boleh masuk akal daripada, kerana etnik dan bahasa memainkan sedikit peranan dalam membentuk kesetiaan mereka Tetapi angin perubahan dengan cepat mengumpulkan momentum, dan akhirnya menghancurkan komuniti berbilang etnik itu, menghasilkan 'Greek', atau 'Bulgaria', daripada 'Kristian'." D. Livanios' review of Vemund Aarbakke, Ethnic Rivalry and the Quest for Macedonia, 1870-1913 in The Slavonic and East European Review, Vol. 83, No. 1 (Jan., 2005), pp. 141-142
  14. ^ The ancient name 'Macedonia' disappeared during the period of Ottoman rule and was only restored in the nineteenth century originally as geographical term. The Oxford Handbook of the History of Nationalism, John Breuilly, Oxford University Press, 2013, ISBN 0199209197, p. 192.
  15. ^ The region was not called "Macedonia" by the Ottomans, and the name "Macedonia" gained currency together with the ascendance of rival nationalism. Collective Memory, National Identity, and Ethnic Conflict: Greece, Bulgaria, and the Macedonian Question, Victor Roudometof, Greenwood Publishing Group, 2002, ISBN 0275976483, p. 89.
  16. ^ The Greeks were amongst the first to define these lands since the beginning of the 19th century. For educated Greeks, Macedonia was the historical Greek land of kings Philip and Alexander the Great. John S. Koliopoulos, Thanos M. Veremis, Modern Greece: A History since 1821. A New History of Modern Europe, John Wiley & Sons, 2009, ISBN 1444314831, p. 48.
  17. ^ "Greece and Macedonia sign agreement on name change". www.aljazeera.com.
  18. ^ Niki Kitsantonis (17 Jun 2018). "Macedonia and Greece Sign Historic Deal on Name Change". The New York Times.
  19. ^ "Doing Business in Macedonia, FYR 2013". Bank Dunia. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Oktober 2012. Dicapai pada 21 Oktober 2012.
  20. ^ "MakStat database".