Svoboda | Graniru | BBC Russia | Golosameriki | Facebook
Pergi ke kandungan

Adam Adli Abdul Halim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Adam Adli)
Yang Berhormat Tuan

Adam Adli Abd Halim
Timbalan Menteri Belia dan Sukan
Memegang jawatan
10 Disember 2022
Raja
Perdana Menteri Anwar Ibrahim
Menteri Hannah Yeoh Tseow Suan
Didahului oleh Ti Lian Ker
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Hang Tuah Jaya, Melaka
Memegang jawatan
19 Disember 2022
Didahului oleh Shamsul Iskandar Md Akin
Majoriti8,638 (PRU-15)
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK)
Memegang jawatan
2022
Didahului olehAkmal Nasrullah
Butiran peribadi
Lahir (1989-07-03) 3 Julai 1989 (umur 35)
Butterworth, Pulau Pinang
Parti politik Parti Keadilan Rakyat
PasanganNor Zafirah Mohamad Jamil
Anak-anak2
Alma materUniversiti Pendidikan Sultan Idris
PekerjaanAhli politik

Yang Berhormat Tuan Adam Adli bin Abd Halim (lahir 3 Julai 1989) ialah ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan dan Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya. Di peringkat parti beliau ialah Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK).

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Adam Adli merupakan penuntut jurusan pendidikan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Pada 9 Januari 2012, Adam Adli telah digantung selama tiga semester, yang sepatutnya berakhir pada September 2013 kerana mencemarkan nama universiti dan mengganggu keselamatan dan ketenteraman awam.[1][2] Beliau bagaimanapun digantung semula tanpa bicara sebaik kembali ke universiti atas alasan pendakwaan Akta Hasutan di mahkamah ketika itu. Pada 25 November 2016, Adam berkahwin dengan kekasih sekolah menengahnya. Mereka berdua kini mempunyai dua orang anak lelaki.


Kerjaya politik

[sunting | sunting sumber]

Pada 16 September 2021, Adam Adli secara rasmi menyertai Parti Keadilan Rakyat bersama-sama 20 orang aktivis muda dan pemimpin pelajar, antaranya peguam Asheeq Ali Sethi Alivi dan aktivis Sarah Hadi.[3] Dalam Pemilihan Keadilan 2022, Adam Adli bertanding bagi merebut jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan Pusat bersama-sama pasukannya yang digelar "Seangkatan"[4].

Pertikaian undang-undang

[sunting | sunting sumber]

Tuduhan menghasut

[sunting | sunting sumber]

Pada 13 Mei 2013, Adam Adli ditahan atas kenyataan yang dibuat semasa forum yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Selangor di Kuala Lumpur.[1] Beliau ditahan pada jam 3:15 petang 18 Mei 2013 di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan.[5] Adli digari di pejabatnya di Bangsar akan didakwa mengikut Akta Hasutan dan disiasat di bawah Seksyen 125b Kanun Keseksaan kerana bertindak dengan cara yang memudaratkan demokrasi berparlimen Malaysia.[6]

Pada 19 Mei 2013, Adli telah ditahan oleh pihak berkuasa Malaysia selama lima hari sehingga 23 Mei berikutan penangkapannya kerana menghasut. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, perintah reman itu bagi membantu polis menyiasat Adam Adli berhubung kenyataan yang dibuat semasa forum 13 Mei.[7][8]

Adam Adli telah dituduh di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan pada 23 Mei 2013 di Kuala Lumpur.

Pada 2014, Adam dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur tetapi hukuman itu ditukar kepada denda RM5,000 selepas rayuan di Mahkamah Tinggi. Beliau kemudian dibebaskan daripada tuduhan di bawah Akta Hasutan itu pada 22 Februari 2018. Beliau kemudiannya menyambung pengajiannya di UPSI selepas enam tahun digantung kerana kes tersebut[9].

Penganjuran perhimpunan haram

[sunting | sunting sumber]

Pada 2015, Adam Adli didakwa bersama-sama menyertai protes jalanan itu bermula di hadapan Kompleks Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan berakhir di Esplanade KLCC di sini antara jam 4 petang dan 7.30 malam, 28 Februari 2015. Mereka didakwa mengikut Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Pada 28 November 2017, Mahkamah Majistret melepas dan membebaskannya di akhir kes pendakwaan selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan prima facie dalam kes itu. Pada 31 November 2017, Mahkamah Tinggi di sini mengekalkan keputusan melepas dan membebaskannya. Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali memutuskan demikian selepas membatalkan rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan yang diputuskan Mahkamah Majistret.

  1. ^ a b "Student activist Adam Adli arrested over his remarks at May 13 forum". The Star. Dicapai pada 20 May 2013.
  2. ^ Nazlina, Maizatul (26 April 2013). "Judge chides UPSI student Adam Adli for being disrespectful to leaders". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-06-22. Dicapai pada 20 May 2013.
  3. ^ Ying, Teoh Pei (2021-09-16). "Adam Adli officially joins PKR | New Straits Times". NST Online (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-01-24.
  4. ^ Astro Awani (Mac 30, 2022). "Adam Adli sah tawar diri bertanding Ketua AMK". Astro Awani. Dicapai pada 17 April 2022.
  5. ^ "Where is Pakatan now that Adam Adli is in trouble?". Malaysia Kini. 20 May 2013. Dicapai pada 20 May 2013.
  6. ^ "UPSI student, Adam Adli arrested by police". The Sun Daily. 18 May 2013. Dicapai pada 20 May 2013.
  7. ^ Kumar, M. (19 May 2013). "Student activist Adam Adli remanded 5 days". The Star. Dicapai pada 20 May 2013.
  8. ^ "Student activist Adam Adli remanded for five days". ABN News. 19 May 2013. Dicapai pada 20 May 2013.
  9. ^ "Aktivis Adam Adli bebas tuduhan Akta Hasutan". RoketKini. 22 Februari 2018. Dicapai pada 17 April 2022.