Analog purina
Penampilan
Analog purina ialah antimetabolit yang meniru struktur purina dalam metabolisme organisma lazim.
Contoh[sunting | sunting sumber]
- Analog nukleobes
- Tiopurina seperti tioguanina digunakan untuk merawat leukemia akut dan remisi dalam leukemia granulosit akut.
- Azatioprina ialah bahan sitotoksin penghalang imun utama. Sebagai prodrug, ia banyak digunakan dalam pemindahan organ untuk mengawal tindak balas penolakan organ. Ia diproses menjadi merkaptopurina, analog purina yang menghalang sintesis DNA. Dengan menghalang perluasan klon limfosit dalam fasa cetusan tindak balas imun, ia memberi kesan terhadap keimunan sel dan keimunan humor. Ia juga dapat mengekang autokeimunan.
- Merkaptopurina
- Tioguanina
- Tiopurina seperti tioguanina digunakan untuk merawat leukemia akut dan remisi dalam leukemia granulosit akut.
- Analog nukleosida
- Klofarabina
- Pentostatin dan kladribina ialah analog adenosina yang lazim digunakan untuk merawat leukemia sel rambut.
- Analog nukleotida
- Fludarabina merencat pelbagai polimerase DNA, primase DNA dan ligase DNA I, dan bertindak khusus di fasa S memandangkan enzim-enzim ini aktif ketika replikasi DNA.
Kegunaan perubatan[sunting | sunting sumber]
Antimetabolit purina lazimnya digunakan untuk merawat kanser dengan mengganggu replikasi DNA.[1]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Parker, William B. (2009). "Enzymology of Purine and Pyrimidine Antimetabolites Used in the Treatment of Cancer". Chem Rev. 109 (7): 2880–2893. doi:10.1021/cr900028p. PMC 2827868. PMID 19476376.