Svoboda | Graniru | BBC Russia | Golosameriki | Facebook
Pergi ke kandungan

Anjing pemburu Ariège

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anjing pemburu Ariège
Nama lainAnjing Ariège
Negara asalPerancis
Trait
Berat 25–27 kg (55–60 lb)
Tinggi Jantan 52–58 cm (20–23 in)
Betina 50–56 cm (20–22 in)
Bulu pendek, halus, dan padat
Warna putih atau putih berbelak, dengan tompok hitam dan tanda sawo matang
Jangka hayat 10–14 tahun[1]:164
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing pemburu Ariège atau anjing Ariège[a] ialah satu baka anjing pemburu bau bersaiz sederhana dari département Ariège di rantau Midi-Pyrénées di Perancis selatan. Ia mungkin telah diperoleh daripada pembiakbakaan silang anjing-anjing pemburu berkawanan seperti anjing pemburu biru besar Gascogne dan anjing pemburu besar Gascogne Saintonge dengan briquet tempatan.[2][3] Ia berburu sama ada bersendirian atau dalam kawanan, dan digunakan sebagai courser dan untuk mengejar buruan ke arah senjata yang menunggu. Sementara paling berjaya dengan kelinci, ia juga digunakan untuk memburu rusa dan babi hutan.[4] Ia tidak menyesuaikan diri dengan baik terhadap kehidupan bandar,[5] dan biasanya tidak dipelihara sebagai anjing teman.[6]:46

Anjing pemburu Ariège ialah baka tradisional bagi Midi-Pyrenées, dan khususnya bagi Ariège. Ia mungkin telah diperoleh daripada pembiakbakaan silang anjing-anjing pemburu berkawanan seperti anjing pemburu biru besar Gascogne dan anjing pemburu besar Gascogne Saintonge dengan briquet tempatan.[2][3] Baka ini diiktiraf secara rasmi di Perancis pada tahun 1912,[1]:164 diterima secara muktamad oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa pada tahun 1954.[2][3]

Anjing pemburu Ariège berpenampilan serupa dengan anjing pemburu biru besar Gascgone dan anjing pemburu besar Gascogne Saintonge, tetapi mempunyai tubuh lebih ringan dan setinggi begitu tinggi.[2][3] Berat biasa ialah kira-kira 25–27 kg (55–60 lb).[1]:164 Jantannya berdiri setinggi sekitar 52–58 cm (20–23 in) dan betinanya pula kurang sekitar dua sentimeter.[2][3] Kulitnya ketat tanpa kedut; mukosanya hitam. Lapis bulunya padat, licin, dan pendek, putih atau putih berbelak dengan tanda jelas hitam; ada tanda sawo matang di muka, dan titik sawo matang di atas mata.[1]:164[2][3] Telingaya lembut dan cukup panjang untuk mencapai hidung. Lehernya langsing dan sedikit melengkung. Kakinya berbentuk bujur panjang, seperti yang pada kelinci, dengan tapak dan cakar hitam; tiada kuku embun. Ekornya sedikit melengkung.[2][3]

Anjing pemburu Ariège ialah anjing pemburu bau. Ia berburu sama ada bersendirian atau dalam kawanan dan digunakan sebagai courser dan untuk mengejar buruan ke arah senjata yang menunggu. Sementara paling berjaya dengan kelinci, ia juga digunakan untuk menjejak rusa dan babi hutan.[4] Anjing ini ringan dan tegap dan mampu bekerja di rupa bumi susah malah juga di dalam semak tertebal, tetapi tidak begitu pantas.[7]:67[8]:31 Ia melolong sementara menjejak.[7]:67

Ia tidak menyesuaikan diri dengan baik terhadap kehidupan bandar,[5] dan biasanya tidak dipelihara sebagai anjing teman.[6]:46

  1. ^ Jawi: انجيڠ ڤمبورو ارييج; انجيڠ ارييج; Perancis: chien ariégeois; ariégeois; bahasa Inggeris: Ariège hound
  1. ^ a b c d Fogle, Bruce (15 Julai 2013). Dennis-Bryan, Kim (penyunting). The Dog Encyclopedia: The Definitive Visual Guide [Ensiklopedia Anjing: Panduan Visual Muktamad] (dalam bahasa Inggeris). Disumbangkan oleh Ann Baggaley dan Katie John. (ed. berilustrasi). New York, New York, Amerika Syarikat: Dorling Kindersley Publishing. ISBN 9781465408440. OCLC 812257274.
  2. ^ a b c d e f g "Standard FCI N° 20 ARIEGEOIS" [Piawaian FCI No. 20 Anjing Pemburu Ariège] (pdf) (dalam bahasa Perancis). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 2 Februari 1998. Dicapai pada 19 Disember 2023.
  3. ^ a b c d e f g "FCI-Standard N° 20 ARIÉGEOIS (Ariege-Hound)" [Piawaian FCI No. 20 Anjing Pemburu Ariège] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Davis, Peggy. Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 3 September 1996. Dicapai pada 19 Disember 2023.
  4. ^ a b Standard de l'Ariegeois (dalam bahasa Perancis). Club du Bleu de Gascogne. Diarkibkan pada 1 Jun 2002.
  5. ^ a b Ariegeois (dalam bahasa Perancis). Société Centrale Canine. Dicapai pada Januari 2022.
  6. ^ a b Pickeral, Tamsin (15 Oktober 2014). Dogs Unleashed [Anjing Dilepaskan] (dalam bahasa Inggeris). San Diego, California, Amerika Syarikat: Thunder Bay Press. ISBN 9781626860681. OCLC 880370238.
  7. ^ a b Ponroy, Maxence (4 Oktober 2000). Toutes les chasses du chevreuil [Semua Pemburuan Rusa] (dalam bahasa Perancis). Paris, Perancis: Éditions Jean-Paul Gisserot. ISBN 9782877475310. OCLC 411255476.
  8. ^ Rousselet-Blanc, Pierre (9 Oktober 2019). Le Larousse du chien et du chiot [Buku Larousse tentang Anjing dan Anak Anjing] (dalam bahasa Perancis) (ed. ke-23). Paris, Perancis: Éditions Larousse. ISBN 9782035968562.