Svoboda | Graniru | BBC Russia | Golosameriki | Facebook
Pergi ke kandungan

Beagle-harrier

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Beagle-harrier
Beagle-harrier
Negara asalPerancis
Trait
Tinggi 45–50 cm (18–20 in)
Bulu Tebal, tidak terlalu pendek, dan rata
Warna Perang kekuning-kuningan, hitam, dan putih
Anjing (Canis lupus familiaris)

Beagle-harrier[a] ialah satu baka anjing yang berasal dari Perancis. Ia merupakan anjing pemburu bau yang pada asalnya dibiakbakakan untuk memburu kelinci.

Penampilan

[sunting | sunting sumber]
Profil kepala seekor beagle-harrier

Beagle-harrier kelihatan sama ada seperti beagle besar atau harrier kecil. Ia merupakan anjing bersaiz sederhana yang berdiri setinggi 45–50 sentimeter (18–20 inci) pada paras kelasa,[1][2] dan berukuran seberat 19–21 kilogram (42–46 paun).[3] Lapis bulunya biasanya triwarna yang menonjolkan warna perang kekuning-kuningan, hitam, sawo matang, atau putih. Ada juga beagle-harrier berbulu kelabu (triwarna).[1][2] Tubuh beagle-harrier biasanya berotot dan lapis bulunya licin dan tebal.[1][2]

Kesihatan

[sunting | sunting sumber]

Beagle-harrier pada umunya sihat dan memiliki jangka hayat sebanyak 12 hingga 13 tahun. Baka ini terdedah kepada displasia pinggul sebagai baka anjing berbelakang panjang.[4]

Beagle-harrier dibiakbakakan di Perancis pada lewat abad ke-19 oleh Baron Gerard, sebagai silangan antara beagle dengan harrier.[5][6] Seperti baka-baka induknya, beagle-harrier dibiakbakakan untuk memburu kelinci dan kini merupakan pemburu berkawanan yang digunakan untuk kelinci, rusa, dan buruan lain.[6] Beagle-harrier kemudian diimport ke Amerika pada pertengahan tahun 1800-an untuk memburu arnab.[7] Ia diiktiraf oleh FCI pada tahun 1974.[perlu rujukan] Terutamanya di luar tanah airnya Perancis, baka ini agak jarang.[6]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Jawi: بيݢل-هاريئر; bahasa Inggeris: beagle-harrier
  1. ^ a b c "Standard FCI N° 290 BEAGLE-HARRIER" [Piawaian FCI No. 290 Beagle-Harrier] (pdf) (dalam bahasa Perancis). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 6 Oktober 2023. Dicapai pada 28 Disember 2023.
  2. ^ a b c "FCI-Standard N° 290 BEAGLE HARRIER" [Piawaian FCI No. 290 Beagle-Harrier] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Davis, Peggy. Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 6 Oktober 2023. Dicapai pada 28 Disember 2023.
  3. ^ Continental Kennel Club Diarkibkan 30 Oktober 2006 di Wayback Machine Berat (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 7 Mac 2007.
  4. ^ Beagle Harrier Health Problems section (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 28 Disember 2023.
  5. ^ Wilcox, Bonnie; Walkowicz, Chris (Mac 1990). The Atlas of Dog Breeds of the World [Atlas Baka Anjing di Dunia] (dalam bahasa Inggeris) (ed. semakan ke-2). Neptune City, New Jersey, Amerika Syarikat: TFH Publications. ISBN 9780866228992. OCLC 636211094.
  6. ^ a b c Fogle, Bruce (1995). The Encyclopedia of the Dog [Ensiklopedia Anjing] (dalam bahasa Inggeris) (ed. cetakan semula). New York, New York, Amerika Syarikat: Dorling Kindersley Publishing. ISBN 9780789401496. OCLC 780100601.
  7. ^ "Beagle-Harrier" [Beagle-harrier]. 2puppies.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 12 April 2016. Dicapai pada 28 Disember 2023.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]