Svoboda | Graniru | BBC Russia | Golosameriki | Facebook
Pergi ke kandungan

Diklofenak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Diklofenak
Data klinikal
Nama dagangCataflam, Voltaren, dan lain-lain[1]
AHFS/Drugs.comSistemik: Monograph
Sapuan kulit: Monograph
MedlinePlusa689002
Data lesen
Kategori
kehamilan
Kaedah
pemberian
Melalui mulut, rektum, intraotot, intravena (batu ginjal dan hempedu), sapuan kulit
Status perundangan
Status perundangan
  • AU: S2 (Perubatan farmasi) – S4
  • UK: POM (Preskripsi sahaja) (P for topical formulation)
  • AS: Rx sahaja / OTC[3]
  • ℞ sahaja di kebanyakan negara dan dari segi penyediaan; OTC terhad di beberapa buah negara; pembuatan dan kegunaan veterinari diharamkan di negara India, Nepal dan Pakistan kerana burung hering tempatan di ambang kepupusan
Data farmakokinetik
Pengikatan proteinLebih daripada 99%
MetabolismeHati, secara pengolsidaan, paling utama melalui CYP2C9, juga melalui CYP2C8, CYP3A4, serta berkonjugat melalui pengglukuronian (UGT2B7) dan pensulfatan;[6] tiada metabolit aktif ditemui
Mula masa tindakDalam masa 4 jam (gel),[4] 30 min (non-gel)[5]
Penyingkiran separuh hayat1.2–2 jam (35% bahan ubatan tersebut masuk melalui pengedaran semula enterohati)
Perkumuhan40% melalui hempedu 60% melalui air kencing
Pengecam
  • asid [2-(2,6-dikloroanilino)fenil]asetik
CompTox Dashboard (EPA)
ECHA InfoCard100.035.755 Sunting ini di Wikidata
Data kimia dan fizikal
FormulaC14H11Cl2NO2
Jisim molar296.15 g·mol−1
Model 3D (JSmol)
  • O=C(O)Cc1ccccc1Nc2c(Cl)cccc2Cl
  • InChI=1S/C14H11Cl2NO2/c15-10-5-3-6-11(16)14(10)17-12-7-2-1-4-9(12)8-13(18)19/h1-7,17H,8H2,(H,18,19) ☑Y
  • Key:DCOPUUMXTXDBNB-UHFFFAOYSA-N ☑Y
 ☒N☑Y (what is this?)  (verify)


Diklofenak, dijual di bawah jenama seperti Voltaren, merupakan sejenis ubat antiradang bukan steroid (NSAID) yang digunakan untuk merawat sakit dan penyakit radang seperti gout.[5] Ia diambil sama ada melalui mulut, melalui rektum dalam bentuk supositori, melalui suntikan, atau melalui sapuan pada kulit.[5][8] Penambahbaikan dari segi pengurangan kesakitan berlangsung selama lapan jam.[5] Ia juga boleh didapati dalam kombinasi dengan misoprostol untuk mengurangkan masalah sakit perut.[9]

Antara kesan sampingan yang biasa apabila mengambil diklofenak termasuklah sakit perut, pendarahan gastrousus, loya, pening, sakit kepala dan pembengkakan.[5] Kesan sampingan yang serius mungkin termasuk penyakit jantung, strok, masalah buah pinggang dan ulser perut.[9][5] Penggunaan ubat ini tidak disyorkan sewaktu trimester ketiga kehamilan.[5] Ia berkemungkinan selamat digunakan semasa dalam tempoh menyusu.[9] Ia dipercayai berfungsi dengan mengurangkan pengeluaran prostaglandin.[10] Ia menyekat kedua-dua siklooksigenase-1 (COX-1) dan siklooksigenase-2 (COX-2).[5]

Diklofenak telah dipatenkan pada tahun 1965 oleh Ciba-Geigy; ia mula digunakan dalam perubatan di Amerika Syarikat pada tahun 1988.[5][11] Ia boleh didapati sebagai ubat generik.[5] Kos borong di negara membangun secara umumnya adalah kurang daripada AS$2 sebulan pada tahun 2015. Di Amerika Syarikat kos borong bagi ubat ini lazimnya kurang daripada AS$9 pada 2018.[12] Pada tahun 2017, ia merupakan ubat ke-94 yang paling biasa dipreskribkan di Amerika Syarikat, dengan lebih daripada lapan juta preskripsi.[13][14] Ia boleh didapati dalam bentuk garam natrium dan garam kalium.[9]

  1. ^ "Diclofenac". Drugs.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 December 2018. Dicapai pada 22 December 2018.
  2. ^ a b "Diclofenac Use During Pregnancy". Drugs.com. 16 January 2000. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 July 2020. Dicapai pada 15 February 2020.
  3. ^ Rencana ini mengandungi teks dari sumber yang berada dalam domain awam.
  4. ^ "How Long Does It Take for Voltaren Gel to Work?". YouDrugstore (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 30 July 2020. Dicapai pada June 1, 2020.
  5. ^ a b c d e f g h i j "Diclofenac epolamine Monograph for Professionals". Drugs.com. AHFS. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 September 2020. Dicapai pada 22 December 2018.
  6. ^ Mujib sayyad (August 23, 2018). "Diclofenac Oral Uses, Dosage, Side Effects And Composition". Medicine Reviews Agency. Diarkibkan daripada yang asal pada August 24, 2018. Dicapai pada August 24, 2018.
  7. ^ "WHOCC - ATC/DDD Index". www.whocc.no. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 September 2020. Dicapai pada 1 September 2020.
  8. ^ Chung, CH (11 December 2017). "The use of Injectable Nonsteroidal Anti-Inflammatory Drugs in Local Accident & Emergency Practice". Hong Kong Journal of Emergency Medicine. 9 (2): 65–71. doi:10.1177/102490790200900201.
  9. ^ a b c d British national formulary : BNF 74 (ed. 74). British Medical Association. 2017. m/s. 1033–1035. ISBN 978-0857112989.
  10. ^ Mosby's Drug Reference for Health Professions. Elsevier Health Sciences. 2017. m/s. 398. ISBN 9780323566827. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 August 2021. Dicapai pada 30 April 2020.
  11. ^ Fischer, Janos (2006). Analogue-based drug discovery. Wiley-VCH. m/s. 517. ISBN 978-3527312573.
  12. ^ "NADAC as of 2018-12-19". Centers for Medicare and Medicaid Services. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 December 2018. Dicapai pada 22 December 2018.
  13. ^ "The Top 300 of 2020". ClinCalc. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 February 2021. Dicapai pada 11 April 2020.
  14. ^ "Diclofenac - Drug Usage Statistics". ClinCalc. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 March 2021. Dicapai pada 11 April 2020.