Svoboda | Graniru | BBC Russia | Golosameriki | Facebook
Pergi ke kandungan

Homs

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Emesa)
Homs
حِمْص
Bandar
Mercu tanda bandar Homs
Masjid Khalid bin al-Walid  • Universiti Al-Baath  • Stadium Khalid ibn al-Walid
Nama panggilan: Mother of the black stones (أم الحجار السود)[1]
Al-'Adhiyyah (الْعَذِيَّة)[a]
The city of Ibn Al-Walid (مدينة ابن الوليد)
The House of Peace (دار السلام)[perlu rujukan]
Homs is located in Bumi
Homs
Homs (Bumi)
Koordinat: 34°43′51″N 36°42′34″E / 34.73083°N 36.70944°E / 34.73083; 36.70944Koordinat: 34°43′51″N 36°42′34″E / 34.73083°N 36.70944°E / 34.73083; 36.70944
Negara Syria
KegabenoranKegabenoran Homs
DaerahDaerah Homs
MukimMukim Homs
Mula-mula diselesaikan2000 SM
Pentadbiran
 • GabenorNamir Habib Makhlouf[4]
 • Datuk BandarAbdullah Al-Bawab
Keluasan
 • Bandar48 km2 (19 batu persegi)
 • Bandar
76 km2 (29 batu persegi)
 • Metro
104 km2 (40 batu persegi)
Aras
501 m (1,644 ft)
Penduduk
 (2017, anggaran)
 • Bandar775,404[3]
Demonimbahasa Inggeris: Homsi
Arab: حمصي, rumi: Himsi
Zon waktuUTC+2 (EET)
 • Musim panas (DST)UTC+3 (EEST)
Kod kawasanKod negara: 963
Kod bandar: 31
GeocodeC2528
IklimCsa
Untuk aksi ketenteraan yang pernah berlaku berdekatan bandar ini, sila lihat Pertempuran Hims.

Hims (Arab: حمص, Ḥims, juga disebut eja sebagai Homs dan nama kunonya disebut "Emesa"[5] (Yunani: ἡ Ἔμεσα) adalah sebuah bandar di barat Syria dan ibu kota bagi Kegabenoran Homs. Ia mempunyai ketinggian 501 meter (1,644 ka) dari paras laut dan terletak 162 kilometer (101 bt) di utara kota Damsyik.[6] Terletak berdekatan Sungai Orontes, Hims juga merupakan pusat yang menghubungkan bandar-bandar kecil di persisiran pantai Laut Mediterranean.

Hims tidak disinari sejarah sehingga kurun pertama BCE semasa zaman Empayar Seleucid. Ia kemudian menjadi ibu kota bagi sebuah kerajaan yang diperintah oleh dinasti Emesani yang mana kota ini mendapat namanya. Awalnya, ia adalah sebuah pusat penyembahan orang pagan untuk Tuhan Matahari, El-Gabal, ia kemudian menjadi penting dalam dunia Kristian di bawah Byzantine. Ia kemudian ditakluk oleh empayar Islam pada kurun ke-7 dan dijadikan ibu kota bagi sebuah daerah. Sepanjang era Islam, dinasti-dinasti Islam bertarung untuk mengawal Syria cuba untuk menakluk Hims di sebabkan kedudukan strategiknya di kawasan ini. Kepentingannya mula menurun di bawah empayar Uthmaniyyah dan hanya pada kurun ke-19 kota ini mendapat kembali kepentingan ekonominya apabila industri kapas melonjak.

Pada hari ini, Hims adalah pusat industri terpenting di Syria, dengan kepadatan penduduk berjumlah kira-kira 823,000 orang, ia juga merupakan bandar ketiga terbesar di Syria. Populasi penduduknya bergantung juga kepada diversiti agama rasmi iatu agama Islam dan Kristian, majoriti dari penduduknya berbangsa Arab Syria yang mengamalkan pertuturan Arab dalam perbualan seharian. Penduduknya ramai yang beragama Islam Sunnah, serta penduduk yang beragama minoriti Kristian. Kota ini dipenuhi dengan banyak binaan masjid dan gereja yang terdekat adalah Krak des Chevaliers, adalah merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO.

  1. ^ Al-Dbiyat 2013, halaman 160
  2. ^ Almaany Team. "معنى كلمة عَذية في معجم المعاني الجامع والمعجم الوسيط – معجم عربي عربي – صفحة 1". almaany.com. Dicapai pada 28 Ogos 2024.[pautan mati]
  3. ^ "Syria Top 20 Cities by Population". World Population Review. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Januari 2018. Dicapai pada 28 Ogos 2024.
  4. ^ "President al-Assad issues decrees on appointing new governors for eight Syrian provinces". Syrian Arab News Agency. 20 Julai 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Julai 2022. Dicapai pada 28 Ogos 2024.
  5. ^ Vailhé, Siméon (1909). "Emesa". Catholic Encyclopedia. Robert Appleton Company. Dicapai pada 26 Februari 2009.
  6. ^ "Distance Between Main Syrian Cities". HomsOnline. 16 Mei 2008. Dicapai pada 26 Februari 2009.
  1. ^ Meaning a fertile land far from the water, scourge and pestilence[2]

Bibliografi

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 34°44′N 36°43′E / 34.733°N 36.717°E / 34.733; 36.717{{#coordinates:}}: tidak boleh ada lebih daripada satu teg utama sehalaman