Svoboda | Graniru | BBC Russia | Golosameriki | Facebook
Pergi ke kandungan

Izreen Azminda

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Izreen Azminda
Kelahiran
Izreen Azminda binti Aznam

(1985-08-30) 30 Ogos 1985 (umur 38)
PendidikanDiploma Kewartawanan Integratif
Pusat pendidikanInstitut Media Integratif Malaysia (MIIM)
PekerjaanPelakon, pelawak, pengacara televisyen
Tahun aktif2005–kini
PasanganMuhamad Riza Baharudin (k. 2012; c. 2014)
Muhammad Radzi Abdul Wahid (k. 2017)[1]
Anak-anak2

Izreen Azminda Aznam (Jawi: ازرين عزميندا; lahir 30 Ogos 1985) merupakan seorang pelakon dan model Malaysia. Beliau ialah bekas peserta Dewi Remaja 2005/2006 dan terkenal dengan peranan lakonan dalam beberapa drama TV termasuk Gerak Khas, Juvana, Kerana Terpaksa Aku Relakan, 7 Suami dan Eksperimen Cinta.[2]

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Izreen dilahirkan pada 30 Ogos 1985 di Kangar, Perlis dan merupakan anak bongsu daripada tiga beradik. Beliau memiliki Diploma Kewartawanan Integratif dari Institut Media Integratif Malaysia (MIIM)[3].

Pada tahun 2012, Izreen berkahwin dengan pengarah televisyen Muhamad Riza Baharudin[4][5] namun perkahwinan mereka tidak kekal lama. Pada tahun 2014, Izreen sah bercerai dengan suami beliau.[6][7][8] Hasil perkongsian perkahwinan terdahulu, beliau mempunyai seorang anak lelaki yang dilahirkan pada tahun 2013 yang diberi nama Muhammad Adrian Umar[9][10][11]

Beliau merupakan pengacara bagi rancangan Mahligai Cinta Musim Ketiga[12] dan rancangan Layar Kasih di TVi dan RTM.

Izreen juga merupakan antara 10 peserta rancangan Gempak Superstar yang bermula pada April 2016. Namun, tersingkir pada minggu keempat bersama Raja Ilya. Sebelum ini, Izreen pernah mengambil bahagian dalam pertandingan Dewi Remaja 2005/06 yang turut disertai oleh Intan Ladyana, Scha Al-Yahya dan Zara Zya.

Izreen menjadi bintang utama bersama Beto Kusyairy, Syazwan Zulkifly, Elfira Loy, Naim Danial, Shera Aiyob dan Izzue Islam dalam siri drama Astro Ria Jangan Ambil Padang Kami yang mengisahkan perjuangan dan pengembaraan hidup 7 orang kanak-kanak untuk menyelamatkan sebuah padang bola di kawasan flat mereka daripada dibangunkan oleh peneroka.

Izreen muncul bersama Tony Eusoff dan Soffi Jikan dalam filem aksi Pecah arahan Asrul Hisham Ahmad, adaptasi dari novel karya Khairulnizam Bakeri terbitan Buku FIXI.[13]

Gempak Superstar

[sunting | sunting sumber]

Persembahan

[sunting | sunting sumber]

Izreen merupakan salah seorang peserta Gempak Superstar 2016. Sepanjang persembahannya di Gempak Superstar, beliau menyanyikan lagu:

  1. Minggu 1: "Ikut Rentakku" nyanyian asal Jaclyn Victor
  2. Minggu 2: "Tanpa Kekasihku" nyanyian asal Agnez Mo
  3. Minggu 3: "Cinta Kristal" nyanyian asal Rahim Maarof
  4. Minggu 4: "Potret" nyanyian asal Akim & The Majistret

Carta penyingkiran

[sunting | sunting sumber]
Minggu: 1 (10/Apr) 2 (17/Apr) 3 (24/Apr) 4 (1/Mei)
Kedudukan Peserta Keputusan
6 Izreen Kekal ke-3 ke-4 Tersingkir

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Pengarah Catatan
2007 Otai Pengacara Program Otai (P) Abdul Razak Mohaideen Filem pertama
Nana Tanjung 2 Calon Orang Gaji
2013 Pecah Lydia Asrul Hisham Ahmad
2017 Pak Pong Nora Fauzi Nawawi
2018 Blok 404 Azma Aizal Yusoof Penampilan khas

Telefilem

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2011 Berselindung Di Sebalik Kaabah Maya
Tangisan Langsuir
Mendongak Ke Langit
2012 Nenek Bongkok 3
3 Jumaat Terakhir
Perempuan Itu Ibuku Kamariah TV3
2013 Diari Hatiku
Dia Yang Terpilih Mak Su
2014 Perjalanan
Racun Menantu Jamilah
Homestay Berhantu Mawar
Tingkat Atas Tingkat Bawah Liza
Hanya Di Atas Kertas TV3
2015 5 Kali Cinta Ayuni Reffa
Isteriku Bukan Tukang Masak Doktor Astro Maya HD Penampilan Khas
Jodoh Ke Uolls Indah Halina TV3 khas gabungan antara Hati Perempuan & Kerana Terpaksa Aku Relakan
Cinta Gila Atikah/Ika
Bukan Wanita Sempurna Intan
Laki Aku Drakula
Wan Embong Cempaka
Awaklah Imam Saya
2016 Kolam Cinta
Kau Ilhamku Cikgu Suzanna TV3
Kak Marr Raya Asmah
Sepahtu Mercun Raya Astro Ria
Suamiku Bukan Tukang Masak Zetty Astro Prima
Misiku Sado TV9
Telah Ku Ikhlaskan Maizura TV3
2017 Syawal Yang Kuinginkan
Surat Panjang Untuk Mak
Asam Pedas Pewitt Peah
Cinta Latah Shaza TV2
Mahram TV3
Pesan Dari Tuhan Manisah TV2
Tahun Tajuk Watak Siaran TV Catatan
2006 Gerak Khas (Musim 8) Minah TV2 Episod: "Minah Rewang"
2007 Airmata Maria Ruby TV3 Pelakon undangan
2009 Nenek Kebaya Marini
Gerak Khas (Musim 11) Mona TV2 Episod: "Terjerat"
2010 Isabella Shasha
2011 Juvana Cikgu Zakiah TV3
Tentang Dhia Melly
Stanza Cinta
Terowong Shida Episod: "Cantik"
2012 Jangan Ambil Padang Kami Akmar Astro Ria
Suri Kira TV3
Julia Sofia
Metro Skuad (Musim 1) Rina TV2 Watak berulang
2013 Cinta Qaseh Maria TV3
Tanggang Ayu Ayu Astro Prima
Sehangat Asmara Mimie Astro Mustika HD
2014 Kerana Terpaksa Aku Relakan Indah Halina TV3
7 Suami Safiyah TV9
2015 Parut Cinta Farina
Eksperimen Cinta Damia Farisha TV3
2016 Kak Marr Asmah
Ahli Mesyuarat Tingkap[14] Ju
Lelaki Macam Dia Nur Fatihah Husna Astro Ria
2017 Tukar - Tukar Menu Khatijah/Cat TV3
Pergilah Air Mata Dayana Dr. Dahari TV1
2020 Hadiah Dari Tuhan TV3
2021 Hilangkah Janji Kita Hypp Sensasi

Televisyen

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Saluran TV Catatan
2016 Layar Kasih TV Okey
Tahun Tajuk Watak
2014 Takhta 3 Ratu Puteri Majapahit/Galuh
Tahun Iklan
2017 P&G


  1. ^ Raja Nurfatimah Mawar Mohamad (1 Disember 2017). Izreen isteri kedua saya Berita Harian. Dicapai pada 18 Januari 2018.
  2. ^ Izreen Azminda mahu jadi eksklusif - Hiburan Sinar Harian (19 Februari 2017). Dicapai pada 19 Februari 2017.
  3. ^ Hidayah Mohammad (1 September 2017). "Izreen tak kemaruk cinta hartawan". Berita Harian. Dicapai pada 5 Julai 2024.
  4. ^ Wahiduzzaman (5 Jun 2012). "Izreen Azminda Kahwin Bukan Sebab Kecewa Dengan Johan As'ari". mStar. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Mac 2018. Dicapai pada 5 Julai 2024.
  5. ^ Farahanim (6 Jun 2012). "Izreen Azminda Kahwin 30 Ogos 2012". Malaysian Digest. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Julai 2018. Dicapai pada 5 Julai 2024.
  6. ^ Kemalia Othman (21 Mei 2014). ""Saya Belum Ceraikan Izreen Azminda" - Suami". mStar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Oktober 2017. Dicapai pada 5 Julai 2024.
  7. ^ "Panas! Izreen Azminda & Suami Sah Cerai Talak Satu". OhBulan!. 11 Jun 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Mac 2023. Dicapai pada 5 Julai 2024.
  8. ^ "Suami lafaz cerai di lokasi penggambaran". Sinar Harian. 21 Mei 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Mei 2014. Dicapai pada 5 Julai 2024.
  9. ^ "(TAHNIAH)Izreen Azminda Lahirkan Anak Lelaki". Beautifulnara. 13 Julai 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Februari 2024. Dicapai pada 5 Julai 2024.
  10. ^ Anak peluk kaki Izreen ketika berlakon - Hiburan Berita Harian (26 Julai 2016). Dicapai pada 26 Julai 2016.
  11. ^ Zaidi Mohamad (2 Ogos 2015). Izreen Azminda selesa berkawan dengan bekas suami Berita Harian. Dicapai pada 3 Ogos 2015.
  12. ^ 'Kontrak asal memang setahun' Harian Metro (28 Disember 2015). Dicapai pada 18 Januari 2016.
  13. ^ Nurezzatul Aqmar Mustaza (7 Januari 2017). "Teruja jayakan filem Pecah". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-17. Dicapai pada 16 Mei 2018.
  14. ^ Zaidi Mohamad (30 Mac 2016). "Izreen terkejut nama tercalon kategori pengacara". Berita Harian. Dicapai pada 5 Julai 2024.


Pautan luar

[sunting | sunting sumber]