Svoboda | Graniru | BBC Russia | Golosameriki | Facebook
Pergi ke kandungan

Jay Jay

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jay Jay
Kelahiran
Mohd Fauzi bin Darus

(1957-06-06)6 Jun 1957
Meninggal dunia4 Ogos 2024(2024-08-04) (umur 67)
Sebab kematianKegagalan organ
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Bukit Tandang, Subang Jaya, Selangor
Nama lainJay Jay
Pekerjaan
  • Penyanyi
  • penggubah lagu
  • pemain bass
  • penerbit album
Tahun aktif1979–2024
PasanganZaitoon Wahid
Anak-anak4
Kerjaya muzik
Genre
Instrumen
Syarikat rakaman
Pengkarya berkait

Jay Jay atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Darus (6 Jun 1957 – 4 Ogos 2024) merupakan bekas vokalis dan pemain bass bagi kumpulan Carefree di Malaysia. Beliau dilahirkan di Kedah dan dibesarkan di Kelantan. Beliau pernah memenangi pelbagai anugerah seperti Penyanyi Lelaki Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (1988), Vokal Terbaik Lelaki pada Anugerah Industri Muzik (1998) dan Juara Kategori Pop Rock dalam Juara Lagu pada 1998 menerusi lagu Joget Angan Tak Sudah.

Selain dari menyanyi, beliau juga aktif sebagai sessionist untuk bermain bass sama ada untuk rakaman atau pertunjukkan pentas. Beliau juga antara pemain bass terbaik Malaysia pada awal 90'an.

Beliau mendirikan rumahtangga dengan Zaitoon Wahid pada tahun 1982 dan dikurniakan empat cahaya mata yang terdiri daripada tiga orang perempuan dan seorang lelaki.[1] Penghibur terkenal Allahyarham Sudirman Haji Arshad iaitu sahabat seperjuangan Jay Jay merupakan antara tetamu yang hadir di majlis perkahwinan Jay Jay dan isterinya.

Jay Jay menerima menantu pada tahun 2012 apabila salah seorang anak gadisnya mendirikan rumahtangga.

Diskografi

[sunting | sunting sumber]

Album bersama Carefree

[sunting | sunting sumber]

Album solo

[sunting | sunting sumber]

Album kompilasi

[sunting | sunting sumber]

Album lain

[sunting | sunting sumber]

Duet bersama penyanyi lain

[sunting | sunting sumber]
  1. Kita Insan Biasa (1988)
  2. Peralihan Zaman (1989)
  1. Erti Pertemuan (2004)
  1. Aku Tanpa CintaMu (2004)
  1. Senandung Hidup Berbudi
  1. Ghazal Perindu (2004)
Tahun Anugerah Kategori Nota Hasil
1988 Anugerah Bintang Popular Berita Harian Penyanyi Lelaki Popular Menang
1998 Anugerah Industri Muzik Vokal Terbaik Lelaki Menang
1998 Juara Lagu 1998 Juara Kategori Pop Rock Beliau memenangi kategori ini melalui lagu Joget Angan Tak Sudah Menang