Svoboda | Graniru | BBC Russia | Golosameriki | Facebook
Pergi ke kandungan

Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu
Unfederated Malay States
1909–1942
1942–1945 (Penguasaan Jepun)
1945–1946
Malaya pada 1922:
  Negeri-negeri Melayu tidak Bersekutu
  Negeri-negeri Melayu Bersekutu
 Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  •  Perlis
  •  Terengganu
  • KerajaanRaja berperlembagaan
    Raja 
    • 1909–1910 (pertama)
    Edward VII
    • 1936–1942; 1945–1946 (terakhir)
    George VI
    Era SejarahEmpayar British
    9 Julai 1909
    15 Februari 1942 – 2 September 1945
    2 September 1945
    1 April 1946
    Mata wangStraits dollar (1909–1939)
    Malayan dollar (1939–1942; 1945–1946)
    Didahului oleh
    Diganti oleh
    Johor
    Kedah
    Kelantan
    Perlis
    Terengganu
    Kerajaan Rattanakosin
    Pendudukan Jepun di Tanah Melayu
    Si Rat Malai
    Pentadbiran Tentera British (Tanah Melayu)
    Malayan Union
    Sekarang sebahagian dariMalaysia

    Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (Bahasa Inggeris: Unfederated Malay States) ialah sekumpulan lima buah Negeri-Negeri Melayu. Negeri-negeri tersebut terdiri daripada negeri:

    Kumpulan ini berlainan dengan Negeri-negeri Melayu Bersekutu kerana mereka bukanlah dibawah satu pentadbiran atau undang-undang yang sama. Malah, setiap negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu mempunyai kerajaan masing-masing sebagai Negeri naungan British.

    Pada 1946, Negeri-negeri Melayu tidak Bersekutu, Bersekutu dan Selat kemudiannya menyertai Malayan Union yang dibentuk semula kepada Persekutuan Tanah Melayu setelah bantahan kepada Malayan Union daripada kaum Melayu. Semua negeri kini merupakan sebahagian daripada Malaysia.

    Dibawah Perjanjian Inggeris-Siam 1909, Siam (kini Thailand) menyerahkan hak-hak Siam terhadap Kelantan, Terengganu, Kedah, dan Perlis kepada pihak British. Pihak British kemudiannya memaksa negeri-negeri Melayu berkenaan menandatangani perjanjian untuk menerima seorang Penasihat British seperti Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang menerima seorang Residen British dalam Persetiaan 1895. Ekoran Perang Dunia Kedua, Thailand diberikan penguasaan semula (Si Rat Malai) kepada negeri-negeri tersebut pada tahun 1943 dengan pertolongan Empayar Jepun.

    Manakala bagi negeri Johor pula, Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim telah menandatangani Perjanjian Pernaungan dengan kerajaan British pada 11 Disember 1885. Melalui perjanjian ini, Johor hanya menerima seorang pegawai British yang bertugas sebagai Konsul British dan bukan Penasihat British. Tetapi pada 12 Mei 1914, Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar telah menandatangani satu perjanjian dengan Sir Arthur Henderson. Antara isi kandungan dalam perjanjian ini adalah penukaran jawatan Konsul kepada jawatan Penasihat Am (General Adviser). Walau bagaimanapun, kedaulatan Johor dan Sultannya masih bebas dan merdeka tanpa diganggu oleh British.

    Pegawai kanan pentadbiran koloni British disitu dikenali sebagai "Penasihat".

    Bahasa rasmi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu ialah Bahasa Melayu dengan Tulisan Jawi sebagai tulisan rasmi.

    Senarai Penasihat British

    [sunting | sunting sumber]

    Sebelum Perjanjian Anglo-Siam 1909, British mengamalkan polisi tidak campur tangan dalam negeri negeri utara Melayu Tidak Bersekutu. Salah satu syarat dalam perjanjian tersebut adalah British akan meletakkan seorang ejen di setiap negeri.

    Bermula tahun 1909, status Ejen British ditukar kepada Penasihat.

    Senarai Ejen British di Negeri Terengganu

    [sunting | sunting sumber]
    Tahun Bekhidmat Nama Lahir/Mati
    1909 - 1913 William Lance Conlay               (b. 1869 - d. 1927)
    1913 - 1915 W.D. Scott
    1915 - 1916 C.N. Maxwell
    1916 - 1925 John Lisseter Humphreys           (b. 1881 - d. 1929)
    1925 - 1926 James William Simmons (b. 1877 - d. 19...)
    1926 - 1928 William Miles Millington           (b. 1883 - d. 19...)
    1928 - 1930 Alfred John Sturrock               (b. 1879 - d. 1946)
    1930 - 1932 Gordon Lupton Ham                   (b. 1885 - d. 1965)
    1932 - 1933 C.C. Brown
    1933 - 1934 (first time, acting) Norman Rowlstone Jarrett (b. 1889 - d. 1982)
    1935 - 1936 John Erskine Kempe (b. 1888 - d. 19...)
    1936 - 1937 (second time) Norman Rowlstone Jarrett (b. 1889 - d. 1982)
    1937 (acting) Patrick Alexander Bruce McKerron (b. 1896 - d. 1964)
    1937 - 1940 Arthur Egerton Coope             (b. 1888 - d. 19...)
    1940 - 1941 George Alexander de Chazal de Moubray (b. 1888 - d. 1977)

    Senarai Ejen British di Negeri Kelantan

    [sunting | sunting sumber]

    Senarai Ejen British di johor

    [sunting | sunting sumber]
    Tahun Bekhidmat Nama

    Senarai Ejen British di kedah

    Senarai Ejen British di Perlis

    Lihat juga

    [sunting | sunting sumber]