Panduan Pengguna iCloud
- Selamat Datang
-
-
- Daftar masuk dan gunakan iCloud.com
- Sesuaikan dan gunakan halaman utama
- Keynote
- Numbers
- Pages
-
- Gambaran keseluruhan Foto di iCloud.com
- Lihat foto dan video anda
- Sembunyikan foto dan video anda
- Guna Pustaka Foto Dikongsi iCloud
- Muat naik dan muat turun foto
- Tambah tajuk atau kapsyen
- Susun foto dan video
- Tambah foto dan video ke Kegemaran
- Mainkan tayangan slaid foto
- Padam dan pulihkan foto dan video
- Kongsi foto dan video
- Pulihkan fail dan maklumat
- Gunakan iCloud pada komputer Windows anda
- Dapatkan bantuan lanjut dengan iCloud
- Legal notices and acknowledgements
- Copyright
Kongsi foto dan video dengan Pautan iCloud di iCloud.com
Anda boleh berkongsi foto dan video dalam Foto di iCloud.com dengan Pautan iCloud (tidak tersedia di semua negara atau rantau). Sesiapa yang mempunyai pautan boleh melihat foto dan video tersebut.
Nota: Anda hanya boleh berkongsi foto dan video dalam Pustaka Peribadi anda di iCloud.com. Untuk berkongsi item dalam Pustaka Foto Dikongsi iCloud, gunakan app Foto pada peranti dengan iOS 16.1, iPadOS 16, macOS 13 atau terkini.
Kongsi foto dan video dengan Pautan iCloud
Dalam Foto di iCloud.com, pilih foto atau video yang ingin anda kongsi.
Klik , klik Kongsi, kemudian lakukan salah satu perkara berikut:
Pilih Pautan E‑mel, masukkan satu atau lebih alamat e‑mel dalam medan Kepada, kemudian klik .
Pilih Salin Pautan, kemudian klik Salin Pautan. Kongsi pautan dengan rakan. Contohnya, anda boleh menampal pautan ke dalam perbualan Mesej.
Hentikan perkongsian Pautan iCloud
Pautan iCloud tamat tempoh selepas 30 hari secara automatik, tetapi anda boleh menghentikan perkongsiannya lebih awal.
Dalam Foto di iCloud.com, klik Pautan iCloud dalam bar sisi.
Klik koleksi foto yang ingin anda hentikan perkongsiannya.
Klik , pilih Hentikan Perkongsian, kemudian klik Hentikan Perkongsian.
Nota: JIka anda ingin mencipta album foto dan video usaha sama, gunakan Album Dikongsi iCloud.
Ketahui cara menggunakan Foto iCloud di iCloud.com pada telefon atau tablet.