Panduan Pengguna iCloud
- Selamat Datang
-
-
- Daftar masuk dan gunakan iCloud.com
- Sesuaikan dan gunakan halaman utama
- Keynote
- Numbers
- Pages
-
- Gambaran keseluruhan Foto di iCloud.com
- Lihat foto dan video anda
- Sembunyikan foto dan video anda
- Guna Pustaka Foto Dikongsi iCloud
- Muat naik dan muat turun foto
- Tambah tajuk atau kapsyen
- Susun foto dan video
- Tambah foto dan video ke Kegemaran
- Mainkan tayangan slaid foto
- Padam dan pulihkan foto dan video
- Kongsi foto dan video
- Pulihkan fail dan maklumat
- Gunakan iCloud pada komputer Windows anda
- Dapatkan bantuan lanjut dengan iCloud
- Legal notices and acknowledgements
- Copyright
Bekerjasama pada hamparan Numbers dan pastikan dokumen tersebut dikemas kini dengan iCloud
Dengan iCloud, hamparan Numbers anda dikemas kini pada semua peranti anda dan anda boleh bekerjasama pada hamparan dengan rakan, keluarga dan rakan sekerja.
Akses hamparan yang sama pada semua peranti anda
Apabila anda menyediakan iCloud untuk Numbers, hamparan Numbers anda disimpan dalam awan, yang mengosongkan ruang pada peranti anda. Anda boleh melihat hamparan tersebut pada sebarang peranti yang disediakan untuk iCloud dan Numbers, termasuk iPhone, iPad dan Mac anda. Anda juga boleh mengakses hamparan anda dalam pelayar web di iCloud.com.
Atas sebab hamparan anda terletak dalam awan, perubahan yang anda buat pada satu peranti—seperti menambah carta, memadamkan tab atau mengemas kini data—tertera pada semua peranti anda secara automatik. Anda akan melihat versi hamparan anda yang paling terkini, tidak kira di mana anda mengaksesnya.
Nota: Semua hamparan Numbers yang anda cipta akan dikira dalam storan iCloud anda.
Pulihkan hamparan yang dipadamkan
Jika anda memadamkan hamparan yang disimpan dalam iCloud, hamparan akan dialihkan ke folder Terbaru Dipadam pada iPhone, iPad, iPod touch anda dan iCloud.com; serta ke folder Sampah pada Mac anda.
Hamparan yang baru dipadam boleh dipulihkan selama 30 hari. Jika anda memadamkan hamparan secara kekal daripada folder Terbaru Dipadamkan atau mengosongkan Sampah pada Mac anda, anda tidak boleh memulihkan dokumen tersebut.
Berkongsi dan bekerjasama pada hamparan
Anda boleh berkongsi hamparan dengan rakan, keluarga dan rakan sekerja yang menggunakan iCloud. Mereka boleh menambahkan hamparan dikongsi ke iCloud Drive dan melihatnya dalam app Numbers. Anda menentukan sama ada orang yang anda kongsi hamparan boleh mengedit hamparan atau melihatnya sahaja. Anda juga boleh membenarkan mereka untuk menambahkan orang lain. Apabila kolaborator melakukan edit kepada hamparan, semua orang melihat perubahan tersebut dalam masa nyata.
Anda juga boleh berkongsi hamparan secara awam supaya sesiapa sahaja boleh mengaksesnya, walaupun mereka tidak menggunakan iCloud. Anda menentukan sama ada sesiapa sahaja yang mempunyai pautan boleh mengedit hamparan atau melihatnya sahaja.
Mulakan
Lihat Sediakan iCloud untuk Numbers pada semua peranti anda.