Sediakan Rantai Kunci iCloud dan Kata Laluan iCloud pada semua peranti anda
Anda boleh menggunakan Rantai Kunci iCloud pada iPhone, iPad, iPod touch dan Mac anda. Anda boleh menggunakan Kata Laluan iCloud pada komputer Windows anda. Untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang perkara yang boleh anda lakukan dengan Rantai Kunci iCloud dan Kata Laluan iCloud, lihat Gunakan Rantai Kunci iCloud untuk memastikan kata laluan, akaun dan banyak lagi dikemas kini dengan iCloud.
Anda perlu menyediakan pengesahan dua faktor sebelum anda boleh menghidupkan Rantai Kunci iCloud.
Nota: Pastikan anda mendaftar masuk dengan Apple ID yang sama pada setiap peranti. Jika anda mempunyai peranti yang anda tidak daftar masuk dengan Apple ID anda atau yang mematikan ciri Rantai Kunci iCloud atau Kata Laluan iCloud, anda tidak akan dapat mengakses maklumat anda pada peranti tersebut.
Sediakan Rantai Kunci iCloud pada iPhone, iPad atau iPod touch anda
Pada iPhone, iPad atau iPod touch, pergi ke Seting > [nama anda] > iCloud.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
iOS 16, iPadOS 16 atau terkini: Ketik Kata Laluan dan Rantai Kunci, kemudian hidupkan Segerakkan [peranti] ini.
iOS 15, iPadOS 15 atau terdahulu: Ketik Rantai Kunci, kemudian hidupkan Rantai Kunci iCloud.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara mengakses dan menggunakan maklumat yang disimpan dalam Rantai Kunci iCloud pada iPhone, iPad atau iPod touch anda, lihat mana‑mana yang berikut:
Panduan Pengguna iPhone: Isikan kata laluan yang kukuh secara automatik pada iPhone, Gunakan passkey untuk log masuk ke app dan laman web pada iPhone, dan Sediakan akaun mel, kenalan dan kalendar pada iPhone
Panduan Pengguna iPad: Isikan kata laluan yang kukuh secara automatik pada iPad, Gunakan passkey untuk log masuk ke app dan laman web pada iPad dan Sediakan akaun mel, kenalan dan kalendar pada iPad
Panduan Pengguna iPod touch (iOS 15 atau terdahulu): Isikan kata laluan yang kukuh secara automatik pada iPod touch dan Sediakan akaun mel, kenalan dan kalendar pada iPod touch
Sediakan Rantai Kunci iCloud pada Mac anda
Pad Mac, lakukan salah satu daripada yang berikut:
macOS 13.3 atau terkini: Pilih menu Apple > Seting Sistem, klik [nama anda] di bahagian atas bar sisi, kemudian klik iCloud. Di bawah App Menggunakan iCloud, klik Kata Laluan & Rantai Kunci, kemudian hidupkan Segerakkan Mac ini.
macOS 13 hingga 13.2: Pilih menu Apple > Seting Sistem, klik [nama anda] di bahagian atas bar sisi, klik iCloud, kemudian hidupkan Kata Laluan dan Rantai Kunci.
macOS 12 atau terdahulu: Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Apple ID, klik iCloud, kemudian pilih Rantai Kunci.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara mengakses dan menggunakan maklumat yang disimpan dalam Rantai Kunci iCloud pada Mac anda, lihat mana‑mana yang berikut:
Panduan Pengguna macOS: Sediakan Rantai Kunci iCloud untuk autoisi maklumat pada Mac dan Gunakan akaun Internet anda pada Mac.
Panduan Pengguna Safari untuk Mac: Isi nama pengguna dan kata laluan anda secara automatik dalam Safari pada Mac
Sediakan Kata Laluan iCloud pada komputer Windows anda
Untuk menggunakan Kata Laluan iCloud pada komputer Windows anda, anda perlu mendaftar masuk ke iCloud untuk Windows menggunakan akaun yang menghidupkan pengesahan dua faktor dan mempunyai iOS 14, iPadOS 14, macOS 11 atau terkini yang dipasang pada peranti yang menerima kod keselamatan.
Jika anda belum memiliki app ini, dapatkan iCloud untuk Windows. Lihat artikel Sokongan Apple Muat turun iCloud untuk Windows.
Buka iCloud untuk Windows, pilih Kata Laluan, kemudian klik Guna.
Sekiranya anda ingin menggunakan sambungan Kata Laluan iCloud dalam pelayar web, klik Pasang Sambungan di sebelah nama pelayar, kemudian ikuti arahan pada skrin.
Untuk menggunakan kata laluan, pergi ke laman web dalam pelayar yang disokong. Anda juga boleh membuka app Kata Laluan iCloud untuk menguruskannya.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara menggunakan Kata Laluan iCloud, lihat Isi nama pengguna dan kata laluan anda secara automatik dalam pelayar web pada komputer Windows anda dan Urus kata laluan iCloud pada komputer Windows anda dalam Panduan Pengguna iCloud untuk Windows.