Sediakan iCloud untuk Kalendar pada semua peranti anda
Anda boleh menggunakan iCloud dengan Kalendar pada iPhone, iPad, iPod touch, Mac dan komputer Windows anda dan di iCloud.com. Untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang perkara yang boleh anda lakukan dengan iCloud, lihat Pastikan kalendar anda dikemas kini dan kongsikan fail tersebut dengan iCloud.
Nota: Pastikan anda mendaftar masuk dengan Apple ID yang sama pada setiap peranti. Jika anda mempunyai peranti yang anda tidak didaftar masuk dengan Apple ID anda atau yang mematikan ciri Kalendar, anda tidak akan dapat mengakses kalendar iCloud pada peranti tersebut.
Sediakan iCloud untuk Kalendar pada iPhone, iPad atau iPod touch anda
Pada iPhone, iPad atau iPod touch, pergi ke Seting > [nama anda] > iCloud.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
iOS 17, iPadOS 17 atau terkini: Ketik Tunjukkan Semua, ketik Kalendar iCloud, kemudian hidupkan “Gunakan pada [peranti] ini.”
iOS 16 atau iPadOS 16: Ketik Tunjukkan Semua, kemudian hidupkan Kalendar.
iOS 15, iPadOS 15, atau terdahulu: Hidupkan Kalendar.
Untuk melihat kalendar yang disimpan dalam iCloud, buka app Kalendar, kemudian lakukan salah satu daripada yang berikut:
iPhone atau iPod touch: Ketik Kalendar di bahagian bawah skrin, kemudian pilih kalendar yang anda ingin lihat dalam bahagian iCloud.
iPad: Dalam bar sisi, pilih kalendar yang anda ingin lihat dalam bahagian iCloud.
Jika anda mempunyai lebih daripada satu alamat e-mel yang anda gunakan dengan kalendar iCloud, anda boleh memilih alamat e-mel yang ingin digunakan apabila anda menghantar jemputan peristiwa. Anda juga boleh memilih cara anda ingin menerima jemputan peristiwa—dalam app atau melalui e-mel. Lihat Sediakan cara anda menghantar dan menerima jemputan untuk Kalendar iCloud untuk mengetahui lebih lanjut.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara berkongsi kalendar pada iPhone, iPad atau iPod touch anda, lihat daripada yang berikut:
Panduan Pengguna iPhone: Kongsi kalendar iCloud pada iPhone
Panduan Pengguna iPad: Kongsi kalendar iCloud pada iPad
Panduan Pengguna iPod touch (iOS 15 atau terdahulu): Kongsi kalendar iCloud pada iPod touch
Sediakan iCloud untuk Kalendar pada Mac anda
Pad Mac anda, lakukan salah satu daripada yang berikut:
macOS 13.3 atau terkini: Pilih menu Apple > Seting Sistem, klik [nama anda] di bahagian atas bar sisi, kemudian klik iCloud. Di bawah App Menggunakan iCloud, klik Tunjukkan Semua atau Tunjukkan Lagi App, kemudian hidupkan Kalendar.
macOS 13 hingga 13.2: Pilih menu Apple > Seting Sistem, klik [nama anda] di bahagian atas bar sisi, klik iCloud, kemudian hidupkan Kalendar.
macOS 12 atau terdahulu: Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Apple ID, klik iCloud, kemudian pilih Kalendar.
Untuk melihat kalendar yang disimpan dalam iCloud, buka app Kalendar. Pilih Lihat > Tunjukkan Senarai Kalendar, kemudian pilih kalendar yang ingin anda lihat dalam bahagian iCloud.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara berkongsi kalendar pada Mac anda, lihat Kongsi kalendar iCloud pada Mac dalam Panduan Pengguna Kalendar untuk Mac.
Sediakan iCloud untuk Kalendar pada komputer Windows anda
Lihat Sediakan Kalendar dan Kenalan iCloud dalam Outlook pada komputer Windows anda dalam Panduan Pengguna iCloud untuk Windows.
Jika anda menghadapi masalah dengan kalendar iCloud dalam Outlook, lihat artikel Sokongan Apple Jika anda tidak dapat menambahkan Mail iCloud, Kenalan atau Kalendar kepada Outlook.
Gunakan Kalendar di iCloud.com
Anda boleh mengakses kalendar iCloud anda di pelayar web pada tablet atau komputer.
Pergi ke icloud.com/calendar dan daftar masuk dengan Apple ID anda.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara menggunakan Kalendar di iCloud.com atau untuk memulihkan kalendar, lihat daripada yang berikut:
Pada tablet: Gunakan Kalendar di iCloud.com atau Pulihkan kalendar dan peristiwa anda di iCloud.com.
Pada komputer: Guna Kalendar di iCloud.com atau Pulihkan kalendar dan peristiwa anda di iCloud.com.