Svoboda | Graniru | BBC Russia | Golosameriki | Facebook
Skip to main content
Ts. AZREEN BIN JAFAAR
  • KOLEJ KOMUNITI SANTUBONG
    SUBLOT 37-40, BLOK B, DEMAK LAUT COMMERCIAL CENTRE, JALAN BAKO, 93050 KUCHING, SARAWAK.
  • 082432691
Pencapaian akademik yang cemerlang dalam bidang pendidikan tinggi adalah sumber kebanggaan sesebuah institusi. Kejayaan tersebut diukur bukan sahaja melalui prestasi akademik tetapi juga dengan kualiti graduan yang dihasilkan. Di... more
Pencapaian akademik yang cemerlang dalam bidang pendidikan tinggi adalah sumber kebanggaan sesebuah institusi. Kejayaan tersebut diukur bukan sahaja melalui prestasi akademik tetapi juga dengan kualiti graduan yang dihasilkan. Di Malaysia, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) menjadi salah satu pilihan utama dalam laluan pengajian tinggi sama ada institusi awam atau swasta. Semua program teknologi mengikuti keperluan dan panduan yang ditetapkan oleh Majlis Akreditasi Teknologi dan Teknikal (TTAC) bagi pihak Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT). Oleh itu, kajian pencapaian Objektif Program (OP) / Programme Educational Objectives (PEO)bagi Sijil Teknologi Elektrik (SKE) ini dijalankan minimum lima (5) tahun sekali. Kajian ini dijalankan untuk mengukur pencapaian PEO program SKE di Kolej Komuniti Santubong. Soal selidik telah dilengkapkan secara dalam talian oleh 32 orang graduan tahun 2019 yang terdiri dari lulusan kumpulan pertama dan kedua yang menggunakan Kurikulum SKE versi 2018. Dapatan dari tinjauan ini telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) Versi 25. Dapatan kajian menunjukkan bahawa graduan program Sijil Teknologi Elektrik Kolej Komuniti Santubong mempunyai tahap pencapaian objektif program yang tinggi dengan min keseluruhan 4.07. Secara keseluruhannya, pencapaian ini adalah pada tahap tinggi. Namun, boleh dikaji tentang tahap penglibatan pelajar dalam menceburi bidang keusahawanan secara lebih terperinci dan dinamik.
Kata Kunci: PEO, objektif program, teknologi elektrik, graduan
Kerajaan melancarkan Dasar Tenaga Negara 2021-2040 untuk meningkatkan aliran pelaburan dan memajukan matlamat pembangunan mampan Malaysia. Hal ini kerana terdapat keperluan bagi mempunyai dasar dan peraturan untuk memanfaatkan peralihan... more
Kerajaan melancarkan Dasar Tenaga Negara 2021-2040 untuk meningkatkan aliran pelaburan dan memajukan matlamat pembangunan mampan Malaysia. Hal ini kerana terdapat keperluan bagi mempunyai dasar dan peraturan untuk memanfaatkan peralihan Malaysia kepada tenaga yang lebih bersih kerana peralihan tenaga global akan mewujudkan peluang dan ruang kepada sektor tenaga dan ekonomi. Institusi pendidikan seperti kolej komuniti juga berusaha mempersiapkan pelajar sijil bidang teknologi Elektrik dan Elektronik (E&E) dengan pengetahuan dan kemahiran khusus seperti aplikasi teknologi hijau dan kecekapan tenaga, teknologi komputer dan komunikasi serta sistem automasi bangunan selaras dengan perkembangan industri semasa. Justeru, satu tinjauan dijalankan bertujuan mendapatkan maklumbalas industri bidang E&E mengenai program Sijil Teknologi Elektrik (SKE) di Kolej Komuniti Santubong dalam memenuhi kehendak industri E&E dan seterusnya memacu pelan pembangunan yang telah dirancang dan menilai kebolehupayaan program untuk menjalin kerjasama industri dan institusi pendidikan. Sumber data diperoleh daripada tinjauan secara rawak melalui soal selidik yang terdiri daripada tiga (3) bahagian iaitu berkaitan kandungan program, peluang kerjaya dan lain-lain. Soal selidik tersebut telah dilengkapkan secara dalam talian oleh responden dan dianalisis menggunakan perisian IBM Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 25. Seramai 22 orang individu/majikan daripada bidang E&E yang terlibat dalam kajian ini. Dapatan kajian dan analisis pasaran bagi program SKE menunjukkan program ini mempunyai permintaan industri dan menyokong aspirasi negara dalam menyedia tenaga kerja teknologi kejuruteraan. Kesimpulannya, penawaran program ini sesuai dengan pekerjaan semasa dan akan datang melalui sumber data dan tinjauan daripada industri/majikan.
Kata kunci: - elektrik, pekerjaan, industri, teknikal.
Kajian ini dilaksanakan dengan tujuan untuk mengkaji keberkesanan pengajaran dan pembelajaran (PdP) Topik Pendawaian Sistem Penggera Kebakaran dalam mata pelajaran Pendawaian Elektrik Industri berdasarkan Model Konstruktivisme Lima Fasa... more
Kajian ini dilaksanakan dengan tujuan untuk mengkaji keberkesanan pengajaran dan pembelajaran (PdP) Topik Pendawaian Sistem Penggera Kebakaran dalam mata pelajaran Pendawaian Elektrik Industri berdasarkan Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham (1987). Kajian ini dijalankan dengan bersandarkan rekabentuk model Kemmis dan Mc Taggart (1998) mengandungi 4 langkah iaitu bermula dengan merefleks, merancang, bertindak dan memerhati. Kaedah pemerhatian dan soal selidik digunakan untuk mengumpul data dan dianalisis menggunakan statistik deskriptif. Pengkaji juga menggunakan kaedah ujian pra dan ujian pos untuk menjayakan kajian ini dan dianalisis menggunakan ujian-t sampel berpasangan dalam Perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) version 17.0. Kajian ini dijalankan ke atas 17 orang pelajar semester empat (4) sesi Julai 2015. Teknik pengajaran yang digunakan dipercayai membantu pelajar lebih memahami isi kandungan Topik Pendawaian Sistem Penggera Kebakaran dan menguasai teknik menjawab ujian bagi topik tersebut. Keputusan kajian ini menunjukkan bahawa teknik ini memberikan kesan yang diharapkan kerana keputusan ujian pos menunjukkan peningkatan prestasi selepas penggunaan teknik tersebut.
EBOOK IDEA'S VOLUME 2
PROSIDING KAJIAN PENGESANAN GRADUAN TVET POLITEKNIK & KOLEJ KOMUNITI 2019
Kajian Pengesanan Graduan TVET ini merupakan kajian tahunan bagi mengenal pasti status graduan setelah menamatkan pengajian seperti status pekerjaan dan pendapatan ketika musim konvokesyen Kolej Komuniti masing-masing. Kajian ini... more
Kajian Pengesanan Graduan TVET ini merupakan kajian tahunan bagi mengenal pasti status graduan setelah menamatkan pengajian seperti status pekerjaan dan pendapatan ketika musim konvokesyen Kolej Komuniti masing-masing. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti peratus graduan yang menceburi bidang usahawan dan pendapatan bulanan yang diperolehi mengikut bidang di Kolej Komuniti Negeri Sarawak. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik yang dilengkapkan secara atas talian oleh responden dan dianalisis menggunakan perisian IBM Statistical Package for the Social Science (SPSS) Versi 23. Seramai 407 orang graduan Kolej Komuniti Negeri Sarawak tahun 2018 yang terlibat dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa peratus graduan Kolej Komuniti Negeri Sarawak yang menceburi keusahawanan adalah sebanyak 13.5% (55 orang). Secara keseluruhannya, kebolehpasaran graduan dalam bidang keusahawanan di Kolej Komuniti Negeri Sarawak adalah pada tahap sederhana dan perlu ditingkatkan. Para pelajar hendaklah bersedia untuk meneroka alam perniagaan mengikut bidang masing-masing bagi menjana pendapatan sendiri yang lebih tinggi.
Research Interests:
1. Pengenalan Penerbitan digital dan dalam talian menjadi mekanisme penting dalam melestarikan karya ilmiah bagi sesebuah organisasi dalam menghadapi era Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) pada masa kini. Perkembangan internet yang menjadikan... more
1. Pengenalan Penerbitan digital dan dalam talian menjadi mekanisme penting dalam melestarikan karya ilmiah bagi sesebuah organisasi dalam menghadapi era Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) pada masa kini. Perkembangan internet yang menjadikan dunia tanpa sempadan dengan penggunaan media sosial secara meluas telah menyebabkan berlaku permintaan yang tinggi dalam karya ilmiah secara dalam talian (Utusan Online, 2016). Selaras dengan itu, penghasilan dokumen elektronik secara dalam talian amat sesuai dalam penyampaian maklumat yang lebih berinovasi. Penghasilan dokumen elektronik secara dalam talian dengan menggunakan PDFelement dan anyflip.com dalam penerbitan dokumen digital di Kolej Komuniti Santubong adalah bertujuan mengurangkan kos perbelanjaan percetakan dalam menerbitkan bahan-bahan ilmiah dan penulisan yang dihasilkan oleh staf khususnya pensyarah. Dengan itu, penggunaan teknologi diharapkan dapat mengubah cara Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di institusi pendidikan seperti menyediakan kemudahan akses kepada pelajar supaya dapat berkolaborasi dalam mencari maklumat dan menyelesaikan masalah di dunia nyata (KKHL, 2018). Secara tidak langsung dapat melahirkan pelajar yang mempunyai daya pemikiran yang tinggi dan berkebolehan dalam menyelesaikan masalah. 2. Cara-cara penyediaan dokumen Secara umumnya, setiap pengguna perlu memastikan setiap dokumen adalah dalam format fail PDF. Sebelum dipindahkan untuk menjadi flipbook, setaip fail PDF hendaklah disusun mengikut urutan yang dikehendaki agar teratur.
Research Interests:
Statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada 16 Julai 2018 sehingga Mei 2018 menunjukkan bahawa jumlah rakyat Malaysia yang menganggur adalah seramai 504.8 ribu orang, turun 0.5 peratus (April 2018: -0.4%) berbanding... more
Statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada 16 Julai 2018 sehingga Mei 2018 menunjukkan bahawa jumlah rakyat Malaysia yang menganggur adalah seramai 504.8 ribu orang, turun 0.5 peratus (April 2018: -0.4%) berbanding Mei 2017. Oleh yang demikian, institusi pendidikan perlu berusaha untuk memastikan jumlah pengangguran di kalangan rakyat Malaysia berkurangan. Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan untuk memberi nilai tambah kepada pelajar institusi pendidikan di Malaysia, samada dari segi hard skills dan soft skills (Nor Hidayah, 2018). Ia selaras dengan hasil dapatan kajian oleh Nor Lela  dan Suriani (2015) dan menyatakan bahawa kursus-kursus tambahan adalah sangat penting kepada bakal graduan untuk meningkatkan kemahiran sebagai persediaan menghadapi pekerjaan dalam era Revolusi Industri 4.0 ini. Begitu juga dengan pelajar-pelajar Sijil Pemasangan Elektrik(SPE) di Kolej Komuniti Santubong, mereka diberi peluang untuk menyertai Kursus Pemasang Penyaman Udara & Pengudaraan Mekanikal (Kediaman & Komersil Ringan) – Tahap 2 semasa di semester empat (4).
Research Interests:
1. Pengenalan Penerbitan digital dan dalam talian menjadi mekanisme penting dalam melestarikan karya ilmiah bagi sesebuah organisasi dalam menghadapi era Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) pada masa kini. Perkembangan internet yang menjadikan... more
1. Pengenalan Penerbitan digital dan dalam talian menjadi mekanisme penting dalam melestarikan karya ilmiah bagi sesebuah organisasi dalam menghadapi era Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) pada masa kini. Perkembangan internet yang menjadikan dunia tanpa sempadan dengan penggunaan media sosial secara meluas telah menyebabkan berlaku permintaan yang tinggi dalam karya ilmiah secara dalam talian. Selaras dengan itu, penghasilan dokumen elektronik secara dalam talian amat sesuai dalam penyampaian maklumat yang lebih berinovasi. Penghasilan dokumen elektronik secara dalam talian dengan menggunakan PDFelement dan anyflip.com dalam penerbitan dokumen digital di Kolej Komuniti Santubong adalah bertujuan mengurangkan kos perbelanjaan percetakan dalam menerbitkan bahan-bahan ilmiah dan penulisan yang dihasilkan oleh staf khususnya pensyarah. Dengan itu, penggunaan teknologi diharapkan dapat mengubah cara Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di institusi pendidikan seperti menyediakan kemudahan akses kepada pelajar supaya dapat berkolaborasi dalam mencari maklumat dan menyelesaikan masalah di dunia nyata. Secara tidak langsung dapat melahirkan pelajar yang mempunyai daya pemikiran yang tinggi (Bransford et al. 2000). 2. Cara-cara penyediaan dokumen 2.1 Menukar format dokumen kepada The Portable Document Format (PDF) Pertama, terdapat beberapa kaedah bagi menukarkan format dokumen kepada fail PDF sama ada secara dalam talian (online) atau menggunakan Pemasang (Installer). Antaranya ialah:
Research Interests:
Statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada 16 Julai 2018 sehingga Mei 2018 menunjukkan bahawa jumlah rakyat Malaysia yang menganggur adalah seramai 504.8 ribu orang, turun 0.5 peratus (April 2018: -0.4%) berbanding... more
Statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada 16 Julai 2018 sehingga Mei 2018 menunjukkan bahawa jumlah rakyat Malaysia yang menganggur adalah seramai 504.8 ribu orang, turun 0.5 peratus (April 2018: -0.4%) berbanding Mei 2017. Oleh yang demikian, institusi pendidikan perlu berusaha untuk memastikan jumlah pengangguran di kalangan rakyat Malaysia berkurangan. Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan untuk memberi nilai tambah kepada bakal graduan institusi pendidikan di Malaysia, samada dari segi hard skills dan soft skills. Ia selaras dengan hasil dapatan kajian oleh Nor Lela et al. (2015) bahawa kursus-kursus tambahan adalah sangat penting kepada bakal graduan untuk meningkatkan kemahiran sebagai persediaan menghadapi pekerjaan dalam era Revolusi Industri 4.0 ini. Begitu juga dengan pelajar-pelajar Sijil Pemasangan Elektrik(SPE) di Kolej Komuniti Santubong, mereka diberi peluang untuk menyertai Kursus Pemasang Penyaman Udara & Pengudaraan Mekanikal (Kediaman & Komersil Ringan) – Tahap 2 semasa di semester empat (4) seterusnya melengkapkan keperluan kurikulum mata pelajaran SKE4123 Penyelenggaraan Elektrik Industri yang dibangunkan oleh Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK).
IDEA'S Penulisan Ilmiah 2018 KKTS
TANDA2 DLM AL QURAN KHAS TADARUS 2
PROSIDING SEMINAR PENYELIDIKAN KOLEJ KOMUNITI NEGERI SARAWAK 2016