Svoboda | Graniru | BBC Russia | Golosameriki | Facebook

NOTICE UNDER THE PERSONAL DATA PROTECTION ACT 2010

NOTIS DI BAWAH AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010

 

The Personal Data Protection Act 2010 (the “Act”), which regulates the processing of personal data in commercial transactions, applies to NewsWav Sdn Bhd (“our”, “us” or “we”). For the purpose of this written notice (“Notice”), the terms “personal data” and “processing” shall have the same meaning as prescribed in the Act.

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta” tersebut) yang mengawal selia pemprosesan data peribadi dalam transaksi komersial, terpakai kepada NewsWav Sdn Bhd (“kami”). Untuk tujuan notis bertulis ini (“Notis”), terma-terma “data peribadi” dan “pemprosesan” mempunyai maksud yang sama seperti yang ditakrif dalam Akta tersebut.

 

Consent / Persetujuan

1.This Notice serves to inform you that your personal data is being processed by us or on our behalf when you access our mobile application known as ‘Newswav’ (“Application”) or when you visit our website at www.newswav.com (“Website”) and you hereby give your consent to the processing of your personal data.

Notis ini bertujuan untuk memaklumkan kepada anda bahawa data peribadi anda sedang diproses oleh atau bagi pihak kami apabila anda mengakses aplikasi mudah alih kami yang dikenali sebagai ‘Newswav’ (“Aplikasi”) atau apabila anda melawat laman web kami di www.newswav.com (“Laman Web”) dan anda dengan ini memberikan persetujuan anda bagi pemprosesan data peribadi anda.

 

Description of personal data / Perihalan data peribadi

2.We may collect a variety of your personal data including but not limited to your name, telephone number, email address, gender, age, other information that is publicly available on the account which you use to sign in for access to the Application, and all other personal data we again collect from you on any subsequent occasion.

Kami mungkin mengumpul pelbagai data peribadi anda termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, nombor telefon, alamat emel, jantina, umur, serta butiran-butiran lain yang tersedia secara umum di akaun yang anda guna untuk log masuk untuk mengakses Aplikasi, dan semua data peribadi lain kami sekali lagi kumpul daripada anda pada bila-bila masa kemudiannya.

 

Purpose / Maksud

3.Your personal data is being or is to be collected and further processed for:

Data peribadi anda sedang atau akan dikumpulkan dan diproses selanjutnya untuk:

 

(a)providing you with our services including access to the content on the Application and the Website;

memberi anda perkhidmatan kami termasuk akses kepada kandungan di dalam Aplikasi dan Laman Web;

(b)processing and administering your account;

memproses dan mentadbir akaun anda;

(c)implementing and effecting the requests or transactions contemplated by the forms available on the Website and/or Application, or any other documents you may submit to us from time to time;

melaksanakan permintaan atau transaksi yang dijangka oleh borang-borang yang tersedia di dalam Laman Web dan/atau Aplikasi, atau apa-apa dokumen yang anda mungkin hantar kepada kami dari semasa ke semasa;

(d)communicating with you including sending you push notifications on the latest news through the Application;

berkomunikasi dengan anda termasuk menghantar paparan notifikasi mengenai berita terkini melalui Aplikasi;

(e)data analytics, data matching, internal business and administrative purposes;

data analisis, pemadanan data, maksud-maksud perniagaan dalaman dan pentadbiran;

(f)audit, security and fraud prevention purposes;

maksud-maksud audit, keselamatan dan pencegahan penipuan;

(g)carrying out our referral program and developing new services;

menjalankan program rujukan kami dan pembentukan perkhidmatan baru;

(h)operating, evaluating and improving the Application, the Website and our services, developing new services and troubleshoot any problems;

mengendalikan, menilai dan menambahbaik Aplikasi, Laman Web dan perkhidmatan kami, membangunkan perkhidmatan baru dan menyelesaikan masalah;

(i)law enforcement purposes, assisting investigations by police or other government or regulatory authorities and to meet requirements imposed by applicable laws and regulations or other obligations committed to government or regulatory authorities;

maksud-maksud penguatkuasaan undang-undang, membantu siasatan oleh pihak-pihak polis atau kerajaan atau pengawal selia yang lain, dan untuk mematuhi keperluan undang-undang dan peraturan-peraturan atau tanggungjawab lain terhadap kerajaan atau pihak-pihak pengawal selia;

(j)understanding your preferences to personalise the appearance of the Application and Website, and provide related search results and/or targeted advertising on the Application and Website;

memahami pilihan anda untuk menyesuaikan penampilan Aplikasi dan Laman Web, dan menyediakan hasil carian yang berkaitan dan/atau iklan bersasar di dalam Aplikasi dan Laman Web;

(k)performing such other contract as may have been entered between you and us;

melaksanakan apa-apa kontrak lain yang telah dipersetujui antara anda dengan kami;

(l)purposes of enforcing our legal rights and / or obtaining professional or legal advice;

maksud menguatkuasakan hak undang-undang kami dan/atau mendapatkan nasihat profesional atau undang-undang;

(m)complying with any legal or regulatory requirements and/or requests from regulatory bodies;

mematuhi apa-apa keperluan undang-undang atau pengawalseliaan dan/atau permintaan daripada perbadanan kawal selia;

(n)any actual or potential corporate restructuring or exercise (including without limitation merger, acquisition and/or the restructuring of our business, assets and/or liabilities) (“Corporate Transaction”); and

mana-mana penstrukturan semula atau pelaksanaan korporat yang sebenar atau berpotensi (termasuk tanpa had penggabungan, pengambilalihan dan/atau penstrukturan semula perniagaan, aset dan/atau liabiliti kami)(“Transaksi Korporat”); dan

(o)such other purposes directly related to the foregoing.

maksud-maksud lain yang berhubungan secara langsung dengan yang tersebut di atas.

 

(collectively, the “Purposes”).

(secara kolektif, “Maksud-maksud” tersebut).

 

Source of personal data / Sumber data peribadi

4.Your personal data is being or is to be collected from:

Data peribadi anda sedang atau akan dikumpulkan daripada:

(a)you when you download the Application, sign up to use the Application, create your profile in the Application, communicate with us, participate in our surveys, and when you use the Website;

anda apabila anda memuat turun Aplikasi, mendaftar untuk menggunakan Aplikasi, mewujudkan profil anda di dalam Aplikasi, berkomunikasi dengan kami, mengambil bahagian dalam tinjauan kami, dan apabila anda menggunakan Laman Web;

(b)our business partners and/or other independent third party sources;

rakan kongsi perniagaan kami dan/atau pihak ketiga bebas yang lain;

(c)any oral or written communications; and

maklumat dari komunikasi lisan atau bertulis; dan

(d)all other information that you may provide us from time to time.

dari semua maklumat lain yang anda mungkin berikan kepada kami dari semasa ke semasa.

 

Access to, correction of and limiting the processing of personal data / Akses kepada, pembetulan terhadap dan had pemprosesan data peribadi

5.You have the right to request access to and to request correction of your personal data and to contact us with any inquiries or complaints in respect of your personal data (including the possible choices and means for limiting the processing of your personal data or to cease or not begin processing your personal data for purposes of direct marketing) from:

Anda berhak untuk meminta akses kepada dan meminta pembetulan terhadap data peribadi anda dan untuk menghubungi kami tentang apa-apa pertanyaan atau aduan berkenaan dengan data peribadi anda (termasuk pilihan-pilihan dan cara-cara yang mungkin untuk mengehadkan pemprosesan data peribadi anda atau untuk memberhentikan atau tidak memulakan pemprosesan data peribadi anda bagi tujuan pemasaran langsung) daripada:

 

Designation / Perjawatan:

Newswav Support

Telephone No. / No. Telefon:

03-76604092

E-mail address / Alamat E-mel:

[email protected]

 

6.Subject to provisions of the Act:

Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Akta tersebut:

 

(a) you may, upon payment of a prescribed fee, make a data access request in writing to us; and

Anda boleh, apabila dibayar fi yang ditetapkan, membuat suatu permintaan mengakses data secara bertulis kepada kami; dan

(b) we may refuse to comply with a data access request or a data correction request and shall, by notice in writing, inform you of our refusal and the reasons of our refusal.

Kami boleh enggan mematuhi permintaan mengakses data atau permintaan pembetulan data dan hendaklah, melalui notis bertulis, memaklumkan anda mengenai keengganan tersebut dan sebab-sebab bagi keengganan tersebut.

 

Withdrawal of Consent / Penarikan Balik Persetujuan

7.You have the right to withdraw your consent previously given to us (in full or in part) subject to any applicable legal restrictions, contractual conditions and a reasonable duration of time for the withdrawal of consent to be effected by providing us a notice in writing. If you withdraw your consent to any or all use of your personal data, we may not be in a position to continue to administer any contractual relationship in place, which in turn may also result in the termination of any agreements with us.

Anda berhak untuk menarik balik persetujuan anda yang telah diberikan kepada kami sebelum ini (sepenuhnya atau sebahagiannya) tertakluk kepada apa-apa sekatan undang-undang, syarat kontraktual dan tempoh masa yang munasabah untuk penarikan balik persetujuan tersebut dilaksanakan dengan memberikan kami suatu notis bertulis. Jika anda menarik balik persetujuan anda kepada apa-apa atau semua penggunaan data peribadi anda, kami mungkin tidak boleh terus mentadbir sebarang hubungan kontraktual, yang mungkin mengakibatkan penamatan mana-mana perjanjian dengan kami.

 

Disclosure of personal data / Penzahiran data peribadi

8.We disclose or may disclose your personal data to:

Kami menzahirkan atau boleh menzahirkan data peribadi anda kepada:

(a)our related corporation, affiliates or subsidiaries;

syarikat bersekutu, ahli gabungan atau subsidiari kami;

(b)any agent, contractor or third-party service provider including without limitation those who provide administration, legal, accounting, data processing, email, author management, telecommunications, computer, payment, technology outsourcing, call centre services, services in connection with the operation of our business and the provision of services to you;

mana-mana ejen, kontraktor atau pembekal perkhidmatan pihak ketiga termasuk tanpa had mereka yang memberikan perkhidmatan pentadbiran, perundangan dan perakaunan, pemprosesan data, emel, pengurusan pengarang, telekomunikasi, komputer, bayaran, teknologi penyumberan luar, pusat panggilan, perkhidmatan berhubung dengan operasi perniagaan kami dan penyediaan perkhidmatan kepada anda;

(c)government or regulatory bodies in any jurisdiction or any person to whom we must disclose data; and

kerajaan atau badan-badan pengawalseliaan di mana-mana bidangkuasa atau orang yang kami perlu menzahirkan data; dan

(d)any third party for any of the Purposes.

mana-mana pihak ketiga untuk mana-mana Maksud-maksud tersebut.

 

Third party personal data / Data peribadi pihak ketiga

9.We may require your assistance if the personal data relating to other persons is required to process your personal data for the Purposes and you hereby agree to use your best endeavors to assist us when required. In the event that personal data of any third party is supplied by you to us, you shall ensure that such third party has read this Notice and consented to us collecting his/her personal data for any of the Purposes prior to the supply of his/her personal data to us.

Kami boleh menghendaki bantuan anda jika data peribadi yang berhubungan dengan orang lain dikehendaki untuk memproses data peribadi anda untuk Maksud-maksud tersebut dan anda dengan ini bersetuju untuk menggunakan usaha terbaik anda untuk membantu kami bila dikehendaki. Jika data peribadi pihak ketiga telah diberikan oleh anda kepada kami, anda hendaklah memastikan bahawa pihak ketiga tersebut telah membaca Notis ini dan bersetuju dengan pemprosesan data peribadinya untuk mana-mana Maksud sebelum memberikan data peribadinya kepada kami.

 

Obligatory personal data / Data peribadi wajib

10.It is obligatory that you supply us with your personal data as specified as compulsory in our forms (collectively, “compulsory personal data”). If you fail to supply us the compulsory personal data, we may refuse to process your personal data for any of the Purposes.

Ia adalah wajib untuk anda memberikan kepada kami data peribadi anda yang ditandakan sebagai wajib dalam borang kami (secara kolektif, “data peribadi wajib”). Jika anda gagal untuk memberikan kami data peribadi wajib tersebut, kami boleh enggan untuk memproses data peribadi anda untuk mana-mana Maksud-maksud tersebut.

 

Transfer of personal data to places outside Malaysia / Pemindahan data peribadi ke tempat di luar Malaysia

11.We may transfer your personal data to a place outside Malaysia and you hereby give your consent to the transfer.

Kami boleh memindahkan data peribadi anda ke sesuatu tempat di luar Malaysia dan anda dengan ini memberikan persetujuan anda tehadap pemindahan tersebut.

 

Accuracy of your personal data / Ketepatan data peribadi

12.You are responsible for ensuring that the information you provide us is accurate, complete, not misleading and kept up to date.

Anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa maklumat yang anda berikan kami adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini.

 

Amendments / Pindaan

13.We may update and amend this Notice from time to time. We will notify you of any amendments to this Notice via announcements made through the Application, the Website or other appropriate means. Please check the Application and the Website from time to time for amendments to this Notice. Any such amendments will be effective upon notification to you. By continuing your usage of the Application, the Website and/or services after being notified of any amendments to this Notice, you will be considered as having agreed to such amendments.

Kami mungkin mengemas kini dan meminda Notis ini dari semasa ke semasa. Kami akan memberitahu anda apa-apa pemindaan kepada Notis ini melalui pengumuman di Aplikasi, Laman Web atau cara-cara lain yang munasabah. Sila semak Aplikasi dan Laman Web dari semasa ke semasa untuk pemindaan kepada Notis ini. Apa-apa pemindaan kepada Notis ini akan berkesan pada masa pemberitahuan kepada anda. Dengan terus menggunakan Aplikasi, Laman Web dan/atau perkhidmatan kami selepas diberitahu tentang apa-apa pindaan kepada Notis ini, anda akan dianggap sebagai bersetuju dengan pindaan tersebut.

 

Conflict / Konflik

14.In the event of any inconsistency between the English version and the Bahasa Malaysia version of this Notice, the English version shall prevail over the Bahasa Malaysia version.

Sekiranya terdapat apa-apa ketidak-konsistenan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia Notis ini, versi Bahasa Inggeris akan mengatasi versi Bahasa Malaysia.